28 January 2016

Ikhlas Dalam Hidup



Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Bila kita ikhlas, ia tidak perlu dilontar dengan kata. Ikhlas itu akan terpancar dengan sendirinya melalui tingkah laku kita. 

Apa yang dilakukan lebih meyakinkan daripada apa yang diluahkan. Kalau hanya sekadar kata tapi tidak dikota, ayat-ayat yang terlontar hanya sekadar manis di bibir. 

Orang ramai percaya dengan kata-kata kita. Tapi mereka lebih percaya dengan perbuatan kita. Kalau apa yang kita cakap tak selari dengan apa yang kita buat, sukar bagi orang untuk percaya dengan kita. 

"Action speaks louder than words."
"Walk the talk!"

Cakap biar serupa bikin. Biar semuanya seiring sejalan. 



1 comment:

kakyon said...

betul tu..biarlah kata2 dan perbuatan seiring..bagai irama dan lagunya..
bila lain di kata lain pulak di buatnya..kelihatan sumbang gayanya..