27 January 2016

Inilah Aku. Jangan Keliru


Ada kalanya aku lembut bagaikan perempuan melayu terakhir.
Ada kalanya aku kasar mengalahkan abam sado yang perasan gengster.

Itulah aku. Jangan keliru.

Ada masanya aku harus berlembut sesuai dengan masa dan keadaan. 
Ada masanya aku terpaksa bertegas dan sedikit berkasar bila ada yang 'tak paham bahasa'.

Itulah aku. Jangan keliru.

Dalam lembut pun ada tegasnya aku. 
Dalam kasar masih ada tolak ansur dariku.

Itulah aku. Jangan keliru.

Pada mereka yang mengenaliku dari lembutnya aku, pastinya terkejut melihat kasarnya aku satu masa nanti.
Pada mereka yang melihat kasarnya aku, pasti akan kerut dahi bila aku menunjukkan sisi lembut aku.

Itulah aku. Jangan keliru.

Ada yang kata aku split personality.
Ada yang kata aku kurang ajar.
Ada yang kata aku berpura-pura.

Namun,
Itulah aku. Jangan keliru.

Pada mereka yang mengenaliku
dalam lembutku dan dalam kasarku
Terima kasih
Aku amat hargai kalian
Kerana kalian boleh membaca 
Saat lembutku dan saat kasarku

Inilah aku. Jangan keliru.


1 comment:

mama ka0ri said...

hai...lama x dtg singgah..:)