14 January 2016

Lori Hantu?





Kemalangam yang berlaku tengah hari tadi di SMK Damai Perdana, Cheras itu meragut sekurang-kurangnya 2 nyawa apabila lori hantu yang dipandu hilang kawalan sebelum merempuh 10 motosikal yang diparkir di tepi jalan sebelum melanggar sebuah van. Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Eh kejap. Lori hantu? Macam mana lori hantu ni boleh berada di jalan raya? Apakah pemandu itu tidak diberikan peringatan supaya tidak membawa lori itu di kawasan padat penduduk seperti kawasan perumahan dan sekolah?

Situasi ini mengingatkan ABM pada satu peristiwa yang berlaki 13 tahun lalu. Ya. 13 tahun lalu. Masa tu ABM masih bersekolah. Blog ni pun belum wujud. Heh.

Sebuah Proton Iswara yang dinaiki 4 sekeluarga (ibu, ayah, abang, adik perempuan) telah bertembung dengan sebuah lori menyebabkan si ibu dan ayah mati di tempat kejadian. Si adik meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan si abang meninggal dunia setelah 2 minggu dirawat. Pemandu lori itu kemudiannya dikesan mempunyai 28 saman dan dikatakan positif dadah ketika kemalangan itu berlaku.

Peristiwa tersebut sangat terkesan di hati ABM kerana si abang adalah rakan sekelas ABM masa tu. Bayangkan luluhnya hati kami mendengar khabar berita yang menyedihkan itu. Sesi persekolahan baru saja bermula dan kami....

*kesat air mata*

Peristiwa itu semakin dekat di hati ABM apabila ABM sendiri ditimpa kemalangan 4 tahun lalu apabila kereta yang ABM naiki berlanggar dengan lori.

Alfatihah buatmu sahabat. Moga kau tenang di sana.

Jadi apabila lori hantu ni dah 'ambil' nyawa orang, ABM sangat marah. Harap sangat pihak berwajib mengambil tindakan tegas dan sewajarnya. Bukan hanya sekadar 'zip mulut'.

Sekian.

3 comments:

Syira Lokman said...

takziah..semoga ia menjadi pengajaran

Oh Oh Zulasri said...

takziah... Banyakkan bersabar sis

Maria Firdz said...

penguat kuasa, tolong buat kerja lebih...