27 January 2016

Saban Hari Kita Diuji...


Saban hari kita diuji. Sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada ujian itu direct kepada kita, atau kita diuji melalui ujian yang diturunkan Allah kepada orang lain. Amatlah sayang apabila kita menganggap kita tidak diuji, sedangkan seorang mukmin itu diangkat darjatnya melalui ujian yang diterima.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?" Surah Al Ankabut ayat 2. 

Saya yakin kita semua diuji sedemikian rupa kerana Allah tahu kemampuan dan kekuatan hambaNya, tanpa kita sendiri sedari. 

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..." Surah Al Baqarah ayat 286.

Kasih sayang dan peringatan Allah datang dalam pelbagai cara. Melalui ujian terhadap diri, orang lain, keadaan sekeliling, mungkin juga melalui training yang kalian baru hadiri.  Tinggal kita untuk mengambil hikmah di sebalik apa yang berlaku. 


Muhasabah Cinta. Kembali ke jalan yang diredhaiNya. Moga kita sama-sama istiqamah menuju Jannah. Insya Allah. 

1 comment:

Kak Nieyl said...

InsyaƁllah....Amin...