29 February 2016

29 Februari 2016


Alhamdulilah, tanggal 29 Februari 2016. Hari istimewa kerana tarikh ini muncul hanya 4 tahun sekali.

Apa yang boleh diperkatakan? Melalui sekali lagi hari ini adalah nikmat yang sangat tidak ternilai. Kerana ia bukti Allah masih sayangkan kita dan beri peluang untuk kita menjadi hambaNya yang osem.

Kadang-kadang kita lupa, nafas yang kita hirup setiap hari adalah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Tanpa udara kita akan mati, namun Allah yang memberi kehidupan itu melalui udara yang kita sedut setiap hari. Sebanyak mana pun udara yang kita hirup kalau Allah berkehendak supaya jantung kita berhenti berdegup, kita tetap akan mati, kan?

Kadang-kadang kita lupa, setiap detik yang kita lalui adalah rezeki daripada Allah SWT untuk kita. Sehingga kita lupa bersyukur, malah merungut apabila dirasakan tidak cukup masa. Walhal semua orang, dari kecil hingga dewasa diberikan waktu yang cukup untuk kehidupan kita. Astaghfirullah...

Kadang-kadang kita lupa, setiap ringgit yang kita dapatkan dalam pekerjaan kita, dalam perniagaan kita atau dalam apa sahaja yang kita lakukan, ada bahagian orang lain di dalamnya. Sehinggakan kita lupa bersedekah, malah kedekut pula untuk mengeluarkan zakat. Sedangkan kebahagiaan sebenar adalah ketika kita memberi sesuatu, bukan ketika kita mendapatkan sesuatu.

Jika kita meletakkan cinta dunia di atas segalanya,
Percayalah, satu hari nanti engkau akan kecewa.

Jik kita meletakkan cinta Allah di atas segalanya,
Percayalah, Allah tidak akan mengecewakan kita.

Bila kita meletakkan Allah di hati dan dunia di tangan,
barulah kita akan dapat apa yang dipanggil ketenangan.

ABM hanya hambaNya yang hina. Masih banyak onak dan ranjau yang perlu ABM lalui. Masih banyak dosa yang rasanya belum terampun. Masih sedikit amal ABM untuk dibawa bertemuNya nanti. Moga-moga coretan ini menjadi ingatan untuk ABM khususnya, dan semua yang membaca entri ini secara amnya.

Muhasabah Cinta, Kembali ke jalan yang diredhaiNya.


Throwback. Training ESQ In House MBSA yang diadakan tidak lama dahulu. Moga ia menjadi butiran tasbih buat ABM. Aamiin 

2 comments:

Song Manado said...

Nice blog.
Senang saya.
please visit my blog

Manado Song said...

Nice blog saudaraku. Senang saya membaca blog ini.