13 February 2016

Situasi Dalam Percintaan



Situasi 1

A bercinta dengan B. Sayang setengah mati la. Cinta punya cinta punya cinta C muncul. Goda B. Lalu B tinggalkan A.

Situasi 2

A ajak B bercinta. B terima saja walaupun tak ada perasaan langsung dengan A. Segala effort yang ditunjukkan A dipandang sepi oleh A. Lama lama A tawar hati. Muncul C secara tak sengaja mengubat hati B yang lara. Lalu B tinggalkan A.

Situasi 3

A dan B bercinta. Wah, cinta setengah mati sampaikan orang sekeliling ibarat pasir pada mereka. Tiba-tiba muncul C yang merupakan ex B. Walaupun tak pernah menyuarakan hasrat kembali bersama, B akui kehadiran C menggugat perasaannya terhadap A. Lama lama dia tak mampu bertahan lagi. Lalu B tinggalkan A.

Situasi 4.

A dan B tidak pernah bercinta. Hanya teman tapi mesra. Tapi lama lama kemesraan yang ditunjukkan A buat B terpikat. Jadi dia pun mula mengayat. Mula mula A tak layan tapi akhirnya cair juga. Mereka pun mula bercinta. Cinta punya cinta, entah bagaimana B tetiba tawar hati. Lalu B tinggalkan A.

Situasi 5

A dan B kawan biasa. Tapi B ngorat A sampai A jatuh sayang. Lalu mereka pun bercinta. Tapi satu ketika, B buat hal. Dia senyap dan tak contact A. Bila ditanya, B cakap dia sibuk mengejar cita cita. Tapi A dapat tahu yang B dan C bercinta sebelum dia kenal A lagi. A tertipu. Dia tanya B perkara yang sebenar. B cakap dia dah tak ada hati dengan A lagi. Lalu B tinggalkan A.

Kejam kan? Namun inilah lumrah percintaan. Jika kita sanggup mencintai dan dicintai, kita juga harus rela meninggalkan dan ditinggalkan.

No comments: