30 March 2016

Kematangan




Matang ke aku macam ni? Huhuhu

Kematangan bukan berapa umur kita.

Kematangan bukan berapa banyak kitab sudah kita baca.

Kematangan bukan bermakna sudah berjanggutkah kita.

Matang, dibentuk daripada dua patah perkataan, iaitu mampu tangani sesuatu dengan 'pause button'. Ia adalah aplikasi konsep sabar dalam kamus Islam dan konsep proaktif dalam kamus Barat.

Sekiranya umur sudah dewasa sekalipun, namun mudah panas baran, itu bukan matang. Itu kebudak-budakan dalam kedewasaan.

Sekiranya kuat membaca ataupun cemerlang dalam akademik sekalipun, namun susah benar memahami 'common sense' kehidupan, itu masih peringkat kanak-kanak dalam mengeja ABC kehidupan.

Kematangan itu adalah kemampuan menarik nafas panjang, sebelum mengeluarkan sebarang perkataan ketika berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan.


Sudah matangkah aku? Atau aku masih kanak-kanak?

No comments: