08 March 2016

Manusia Akan Sentiasa Diuji...



Manusia. Sedari kita lahir, hingga kita menghembuskan nafas terakhir, kita akan sentiasa menerima ujian darioadaNya. Dan kita akan diuji dengan apa yang kita percaya.

Contohnya, cinta. Tatkala seorang lelaki percaya cinta seorang wanita mampu membawanya ke syurga, masa itulah Allah akan uji dia. Dia mungkin dikhianati wanita itu, dia mungkin ditinggalkan wanita itu, atau mungkin dia sendiri yang melakukan kesalahan hingga membuatkan wanita ith terluka. Lantas hubungan yang terbina hancur begitu sahaja.

Allah remukkan hati lelaki itu hingga menjadi debu. Kenapa? Kerana Allah ingin menguji sejauh mana kepercayaan kita terhadap apa yang kita percaya. Juga setakat mana keyakinan kita terhadap Allah Yang Maha Pencinta. Lebih dari itu, Alla cemburu bila kita melebihkan cinta manusia daripada cinta kepadaNya.

Usahlah meroyan apabila diuji. Usahlah merintih sedih, meratap nasib diri. Kerana ujian yang dikurniakan Allah tidak akan melebihi kemampuan seseorang hamba. Tidak akan.

Muhsabah Cinta. Kembali ke jalan yang diredhaiNya.

2 comments:

Maria Firdz said...

Selagi hidup.. Selagi tu lah diuji..

adianiez AIDA said...

bila ada ujian, tu tanda nyer Dia masih syg kan kita :)