26 April 2016

Ingin Menambah Saham Akhirat Anda?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disini saya Adinda Baizura Mazlan mewakili pasukan sukarelawan Team M165 Sungai Buloh. Kami akan bergabung bersama NGO-NGO lain antaranya persatuan- persatuan yang terlibat ialah Khalifah, PSIM, dan Persatuan Silat Benteng.



Tujuan kami ingin menziarahi dan juga akan menyantuni penghuni rumah anak-anak yatim BAITU SAIDATI KHADIJAH di Gombak pada ketetapan berikut :

Tarikh : 7 Mei 2016
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 mlm
Alamat : BAITU SAIDATI KHADIJAH, Gombak.

Disini saya ingin mengajak sahabat untuk sama-sama berbuat amal kebajikan untuk dunia dan akhirat.

Bagi sesiapa yg ingin memberikan sumbangan ikhlas kepada mereka kami sangat alukan. Kami memerlukan dana sebanyak RM17,000 bagi membantu rumah jagaan ini.

Di sini saya sertakan senarai barangan keperluan anak-anak yatim disitu :

1. katil double decker - 10 unit
2. Tilam (single size) - 20 unit
3. Bantal & sarung - 20 unit
4. Cadar - 20 unit
5. Selimut - 20 unit
6. Barangan mandian - 50 set
7. Tuala - 50 unit
8. Almari pakaian - 4 unit
9. Susu dugro (2-3 tahun) - 15 unit
10. Susu lactogen (3-4 tahun) - 15 unit
11. Pampers (saiz L & XXL) -30 unit
12. Jubah hitam (perempuan)
13. Jubah kelabu (lelaki)

Boleh juga memberikan sumbangan berbentuk wang tunai dan dengan wang itu kami belikan semua keperluan yang tersebut di atas. Salurkan sumbangan anda ke:

Penama : Siti Mardiatul Akma (Pengurus Projek)
Bank : Maybank
No Akaun : 164753010846

Ini adalah satu projek membantu orang memerlukan dan dalam masa yang sama merapatkan silaturahim antara kita. Hanya Allah saja yang akan menilai kebaikan dan keikhlasan sesuatu yang kita buat di atas dunia ini. In shaa Allah❤

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:

Intan 0173782161
Akma 0132634567

No comments: