19 May 2016

Aktiviti Memanah Di Stars Archery


Ahad lepas...... (Eh apeda baru nak cerita sekarang?) ABM dan Rabiyatul pergi menghabiskan masa dan duit serta cuci mata cari jodoh (Okey itu over) dengan pergi memanah di Stars Archery.


Outlet yang ABM pergi ni kat Sunway Piramid. Dekat dengan tempat boling. So siapa2 tak suka boling boleh datang sini.

Pusat memanah indoor ni memang best la, outlet pun boleh tahan la di seluruh Malaysia. Boleh Google untuk tahu mana outlet yang dekat dengan anda... anda... anda....

Pahal ada gema dalam blog ai ni?

Nak dijadikan cerita, ABM ada beli voucher kat Groupon. Untuk 4 orang. Tapi sorang tak dapat datang. Jadilah kami bertiga.


Sememangnya bertiga. Tapi yang sorang tu pemalu tahap gaban sampai tak nak masuk frame. Lantak kau la. 

Kalau korang berminat nak memanah tapi tak pernah try, jangan risau. ABM pun macam tu juga. Diorang ada instructor yang akan bantu korang. Pengalaman yang disangka susah ni senang sebenarnya. Un-sangka-rable betul! Hahahaha


Voucher yang ABM beli tu adalah untuk main memanah ni dengan arrow dan busur yang macam ni. Agak berat jugak la sebenarnya sebab arrow dia ni agak besar. Tapi kesilapan teknikal berlaku di mana pakej ini tidak boleh digunakan untuk orang kidal macam ABM. Jadi...


Untuk orang kidal, jangan risau. Ada busur khas untuk orang-orang special macam kita. Bukan orang cacat yea. Pukul kang!

ABM guna busur biasa untuk orang-orang biasa. Tapi walaupun instructionnya senang dan benda ni ringan, jangan ambil mudah. Kerana aktiviti memanah ini sebenarnya mengajar kita bagaimana kita kena fokus untuk capai target yang kita perlukan. Buktinya, daripada 59 anak panah yang ABM dapat, hanya 4 yang kena pada sasaran. Selainnya? Tak payah la cakap. Malu. Hehehehe 

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan:
.
"Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”
.
(Hadis riwayat Bukhari)

Okey, ABM rasa ABM dah mula ketagih dengan aktiviti ni. Alahai..... Boleh dijadikan aktiviti bulanan ni. Hahahahah 


1 comment:

Aksara Biruu said...

bestnyeee..sunnah nabi ni memanah..teringin nak cuba, tapi rata2 yurannye mahal..tunggu kewangan stabil sikit nanti nak cuba juga


Cara Check Nombor Ahli KWSP & Perkeso