12 May 2016

Seminar Al-Quran Di Hatiku





Assalammualaikum Dear Families & Friends,

Membaca al-Quran adalah kewajiban yang pertama bagi seseorang Muslim setelah mereka mengimaninya. Sayangnya, masih ramai umat Islam yang hingga hari ini belum mampu membaca al-Quran. Ramai di antara mereka yang merasa malu untuk belajar al-Quran kerana beranggapan sudah terlambat. Ada juga disebabkan terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak sempat untuk belajar dan sebahagian yang lainnya, mengira bahawa belajar al-Quran sesuatu yang susah. Apakah benar belajar al-Quran itu susah?

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:

“Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah”
{Surah Taha [20] : 2}

Dengan demekian, tidak benar jika manusia mengira bahawa belajar al-Quran itu susah, apatah lagi Allah telah menjamin akan kemudahannya.

“Dan Sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk pelajaran, Maka Adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?”
{Surah Al-Qamar [54] : 17, 22, 32, 40}

J.O.M...Mengimarah "Seminar Al-Quran Di Hatiku" {SQDH} anjuran Wanita PERKIM Seremban, Rumah Ngaji@ Ampangan dan Furqan Works

#Komunitingaji

Boleh hubungi nombor yang tertera di poster untuk maklumat lanjut. Jom kita sama-sama rebut peluang menimba ilmu ini.

No comments: