21 June 2016

Bantuan Untuk Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah, Pasir Tumboh, Kelantan




KOTA BHARU: Seramai 50 pelajar perempuan Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah, Pasir Tumboh, yang asrama mereka terbabit dalam kebakaran, petang semalam, memohon bantuan, termasuk kewangan daripada orang ramai. 

Semua pelajar terbabit kini tinggal sehelai sepinggang apabila semua pakaian dan buku mereka musnah terbakar. 

Seorang pelajar, Siti Maizah Che Will, 20, berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya di Pasir Puteh. 

"Apabila saya tiba di madrasah itu, saya melihat keseluruhan bangunan asrama pelajar perempuan itu sudah terbakar. Semua barangan dan pakaian, musnah sama sekali. 

"Namun, saya reda dengan apa yang berlaku sebagai ujian daripada Allah. "Cuma, kami memohon bantuan orang ramai untuk meringankan beban membeli barangan baharu," katanya ketika ditemui di madrasah berkenaan, tengah hari tadi. 

BH hari ini melaporkan satu blok bangunan dua tingkat, yang mengandungi tiga pintu asrama madrasah berkenaan, hangus dijilat api dalam kebakaran pada jam 5.50 petang semalam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. 

Sementara itu, Ketua Pengurusan Bahagian Muslimat, Fazilah Hashim, berkata sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Tabung Madrasah Diniah Bakriah 03018010098410 atau menghubungi Mudir Bahagian Muslimat Madrasah, Shuib Omar di talian 01119802536.

Sumber berita : Berita Harian Online. 

Sempena Ramadhan dan Hari Raya yang akan menjelang, marilah kita sama-sama membantu mereka ini. Bukan apa, siapa lagi yang akan membantu mereka kalau bukan kita, ye dak?

Kempen #MalaysiaNgaji di SINI

Entri terbaru Klinik M165 di SINI

1 comment:

Maria Firdz said...

Mereka insan terpilih dan hebat yang menerima dugaan di bulan Ramadhan.. hulurkan tangan ringankan beban..