15 June 2016

Bila Blog Hilang Seketika....



Semalam bagaikan nightmare buat ABM. Bayangkan, ABM nak tukar template kat blog ni, tiba-tiba blog ni tak boleh dibaca! Maunya tak sedih??? 

Huwaaaaaaa.....


Bila dah penat dok setting design semua kasi simple je, tiba-tiba keluar menatang ni. Tak rasa sakit hati campur sedih campur "takkan nak kena buat blog baru?"

Sikit lagi ABM nak menangis. Tapi kemudian, ABM fikir. Ini baru dugaan dunia. Hehehehehe

Ada jugak la ABM mintak tolong dengan blogger lain seperti kak Kathy R'Bain dan yang lain-lain tapi masih tak jalan.

Sudahnya tadi, lepas tadarus, Allah gerakkan hati ABM untuk singkirrrrkan semua HTML yang ada. Semua sekali! Dan hasilnya.......

ABM dapat balik blog ABM!!! Yeah! Alhamdulilah....

So sempena bulan puasa ni ABM buat blog ABM sesimplenya. Supaya semua orang boleh baca. Enjoy ya!

p/s : 10 Ramadan sudah. Apa yang telah kita capai?



2 comments:

Eintan Nurfuzie said...

hahah.. sbb tu kena preview sebelum saved.. hihihi..

Safeni Feni said...

bersabarlah