21 June 2016

Islam Itu Bersaudara - Mari Berkongsi Rezeki






ISLAM ITU BERSAUDARA

Alhamdulillah, semalam Peka - Pertubuhan Kembara Amal dan beberapa gabungan NGO yang lain berjaya menyantuni saudara seagama kita pelarian rohingya yang diperlakukan dengan kejam ditanah air mereka sendiri. 

Umum mengetahui betapa peritnya penderitaan mereka berada diatas laut selama lebih seminggu demi kelansungan hidup berhijrah ditempat yang lebih selamat. 

Demi menjaga aqidah mereka sanggup mengharungi resiko bertarung nyama dilautan yang luas. 

Hanya kepada Allah tempat bergantung dan memohon pertolongan.

Semalam kami berpeluang bersama sebahagian daripada yg hidup dari pertarungan getir dilautan. 

Penderitaan mereka tidak berakhir dilautan.  Mendengar perkongsian mereka semalam menyebabkan jiwa kami tersentuh. 

Semalam merupakan makanan paling mewah anak2 kecil ini dapat rasai. 

Ya mewah! Wahal bagi kita tetap menyedihkan.

Sepinggan nasi putih dan kari daging itu merupakan makanan mewah bagi mereka. 

Menu mereka setiap hari adalah kacang kuda. 

Hidup mereka bergantung simpati jiran2

Tiba2 teringat penghijrahan nabi dari mekah ke madinah.  Bagaimana sambutan kaum ansar terhadap muhajirin. 

Oleh itu marilah kita berkongsi rezeki dengan mereka. 

Target untuk sumbangkan 50 kampit beras kepada mereka. 

Jika ada yang sudi dan simpati boleh pm saya utk menyumbangkan beras kepada mereka. 

Beras boleh juga di hantar
ke ke alamat

No 40 jln sm7
Taman sunway
68100 Batu Caves
Selangor

Mohon tag kawan2 atau share posting ini agar sampai ke insan yg dermawan. 


Terima kasih Para Dermawan

Zaharah Othman
012-3146454
Bendahari Peka


Kempen #MalaysiaNgaji di SINI

Entri terbaru Klinik M165 di SINI

No comments: