04 June 2016

Muhammad Ali



Sepanjang hari ni, Facebook, Twitter dan Whatsapp ABM dihujani dengan berita kematian Muhammad Ali, peninju legenda dunia. Muhammad Ali dilaporkan mengalami masalah pernafasan sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.




Siapa Muhammad Ali?

Muhammad Ali dilahirkan dengan nama Cassius Marcellus Clay di saat diskriminasi terhadap orang kulit hitam begitu kuat di Amerika Syarikat. Dia turut menerima tempias keadaan itu beberapa kali samasa kanak-kanak dan ketika sudah menginjak dewasa.

Beliau adalah Muslim pertama yang menjadi peninju terkenal di seluruh dunia, bukan hanya kerana kehebatannya tetapi juga kerana prinsipnya.

Ini terbukti apabila dia enggan menyertai pasukan tentera ke Perang Vietnam, sehingga dia dilucutkan gelaran The Greatest dan dipenjarakan.



Kisah Muhammad Ali yang sangat bermotivasi ini dicatatkan sebagai salah satu modul dalam ESQ MCB dan kisah ini tidak pernah miss setiap kali training dijalankan. Masih terbayang di telinga ABM bagaimana bersemangatnya Muhammad Ali ketika dia berhadapan dengan hukuman penjara kerana keenggannya menyertai Perang Vietnam. "Saya bersedia untuk mati."

Juga tak akan ABM lupa kata-kata ibu Muhammad Ali satu ketika dahulu. "Membenci adalah salah tidak kira siapa yang dibenci.

DaripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Buat Muhammad Ali. Moga rohnya tenang di sana. Al Fatihah.

No comments: