18 June 2016

Semakin Bertambah Umur...



18 Jun. Tarikh hari ini. Bertambah satu lagi angka dalam kehidupan ABM. Ya, hari ini hari lahir ABM.



Semakin bertambah umur bererti semakin dekat kita dengan kematian. Semakin dekat, namun kita tidak tahu bila akan tiba. Mungkin beberapa tahun lagi, mungkin beberapa bulan lagi, mungkin beberapa minggu lagi. Atau mungkin, beberapa jam lagi. Adakah kita bersedia?

Semakin bertambah umur bererti semakin matang fikiran dan pemikiran kita. Sepatutnya. Namun realitinya.... hadoi la mak. Tak tau la nak cakap camne dah. Tapi, sentiasalah tanamkan dalam hati dan jiwa bahawa hidup ini sebentar cuma. Maka jadilah seperti bunga sakura yang cantik dan indah walau cuma sebentar.

Semakin bertambah umur bererti semakin ramai la yang akan bertanya, "Bila nak kahwin?" Hahahahahaha. Tahun ni, boleh la ABM jawab cenggini. "Alhamdulilah, saya dah bertunang sehari sebelum puasa haritu. Ikut perancangan, hujung tahun ni kami akan disatukan sebagai suami isteri. Doakan kami yea."

Kuat tak jawapan tu? Hahahahaha

Semakin bertambah umur, bererti semakin mengerti bahawa yang sepatutnya diraikan bukanlah diri ini tetapi bonda terchenta yang sentiasa di sisi. Yang melahirkan, yang membesarkan, yang mendidik sehingga ABM menjadi seperti ini.... terima kasih bonda atas segalanya. Muah ciked!

Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diterima menerusi FB, twitter dan Whatsapp sepanjang hari ini. Semoga doa-doa itu juga diaminkan para malaikat untuk kalian juga. Insya Allah.

2 comments:

Mazlan Othman said...

Selamat hari lahir anaknda.

Maria Firdz said...

Selamat hari lahir.. moga dipermudahkan segala urusan...