12 July 2016

Cerita Seram Yang...



Kisah 1 : Pembantu Rumah Hantu



Ada sebuah keluarga yang baru sahaja berpindah ke sebuah rumah banglo di atas bukit. Pada suatu hari si anak yang bernama Aiman berbual-bual dengan ayahnya.
Aiman : Hantu benar wujud ke ayah?
Ayah :  Hantu tak wujud. Ianya hanya kisah rekaan dalam filem, drama dan novel sahaja.
Aiman : Tapi ayah, pembantu rumah kata hantu memang wujud.
Ayah : Cepat kemaskan barang, malam ini juga kita pindah.
Aiman : Tapi kenapa ayah…kan kita baru sahaja pindah kat sini.
Ayah :  Sebab kita tak ada pembantu rumah.

Kisah 2 : Melamar Kekasih Yang Sudah Meninggal



Lim berkunjung ke rumah keluarga gadis yang baru dikenalinya berdasarkan alamat yang diberikan oleh gadis itu kepadanya.
Lim : Maafkan saya pakcik. Saya baru berkenalan dengan anak pakcik bernama Lina dan telah jatuh cinta kepadanya. Izinkan saya melamar Lina untuk dijadikan teman hidup saya.
Pakcik : Lina? Tidak…kamu tidak boleh melamar dia.
Lim : Tapi kenapa pakcik…apa kurangnya saya?
Pakcik: Lina sudah tiada. Dia meninggal dunia di dalam kemalangan jalanraya minggu lepas.
Lim : Sebab itu saya nak melamar dia.
Pakcik: Apa maksud kamu?
Lim: Saya juga telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, 3 bulan yang lepas.

Kisah 3 : Nama Yang Salah Di Batu Nisan



Pada suatu malam, Ali dan Zack berjalan melalui kawasan tanah perkuburan untuk pulang ke rumah mereka. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi ketukan pada batu. Bila berpaling, mereka ternampak seorang lelaki tua sedang memahat batu nisan.
Ali : Pakcik ni buat kami takut sahaja. Kami ingatkan hantu tadi.
Zack : Tulah…Pakcik buat apa ketuk batu nisan tengah malam macam ni?
Pakcik : Pakcik cuma membetulkan nama pakcik dekat batu nisan ni. Macam manalah diorang boleh tersalah tulis.



Menakutkan? 13 cerita seram yang pasti akan membuatkan anda tak boleh tidur! Klik gambar di atas.



1 comment:

falling angel said...

Damn!!! Eina baca kat office ni.. Dah la hujan kat luar.. Xboleh nak balik lagii... Adoyy.. Camne ni.. Dah takot nak balik dah ni... Huwaaa!!

Nway, jemput ke blog eina ye.. http://einaangel.blogspot.my/