26 September 2016

Holiday To PD 23-25 September 2016



Sejujurnya, ku tak bisa..... 

Eh, apahal ABM nyanyi plak ni? Hahahahahaaa 

Okey, okey. Sejujurnya, ABM bukan selalu pun dapat pergi bercuti. Kalau kena keluar kawasan tu, sama ada KIK ataupun ada training in-house yang diadakan di luar KL. Biasanya Melaka la kan.

So kali ni, ABM berpeluang bercuti bersama keluarga spiritual ABM di Port Dickson. Eleh, Port Dickson je? Ingatkan ke Singapore ke, Jakarta ke... 

Kecoh la lu. Port Dickson pun tak habis explore lagi, ada hati nak ke luar negara. Bercuti di dalam negara lebih best la! Jimat pun jimat. 

Fuh, emo pulak ABM. 

ABM ke sana pada petang Jumaat dan kembali ke KL petang semalam. Kiranya 3 hari 2 malam la. Tapi kalau dah namanya bercuti, memang bercuti la jawabnya. Sampai je di apartment dan check in, kitorang keluar makan sebelum meninggal.... eh apeda meninggal? Hahahaaaa menunggu la.. sementara menunggu yang lain sampai. Bila hati ni rasa macam tak puas, kami keluar la balik untuk ambil angin. 

Eleh, sebenarnya si Rab tu ha yang nak cari Pokemon. Kitorang layankan aje. Kahkahkah. 


Kami. Rasa macam nampak Fara Fauzana pulak kat situ. Eh, Rab rupanya. 

Esoknya, kami ke pantai. Special sikit pantai ni sebab dia agak private. Tak ramai orang. Tak ada orang langsung sebenarnya. Yang ada hanya kami. Private tak? Hahahahaaa 


Ko hengat ko boleh amik gambar cenggini ke kalau pantai penuh dengan orang? Hahahaha 

Tak puas mandi di laut, kami sambung mandi di kolam. Dan Aida mengambil kesempatan menggunakan kamera SJ Cam yang boleh masuk air tu. Masuk dalam air. Bukan kamera tu yang 'masuk air'. Gggrrrr



Selamba gila minah ni menyelam dengan spek! 


Yang si kanan tu tengah tunggu hari je nak beranak. Tapi perangai tak macam pregnant pun. Paling best, dia kata perut dia tu pelampung. Hadoiiiii 

Mana ABM?


Tu, yang kiri sekali tu. Rilek je pakai goggle. ABM tak berani buka mata dalam air. Tu la jadinya. Hahahaaaaa 

Dah puas berendam, kami naik ke apartment, mandi, solat, bergurau, makan, solat, tidur. Bangun je, Nadia ajak pergi hiking kat Tanjung Tuan. Aku layankan aje. 

Layankan budak ni sangattt....... pancit aku di tengah jalan. Dah lama tak panjat bukit / gunung. Last sekali masa birthday yang ke 20. Dah lama gila. 


First time naik bukit time sunset. Subhanallah, cantiknya lukisan Allah... 

Aktiviti hari ketiga? Mandi laut, makan, mandi kolam, makan, mandi kolam, makan..... 

Heh, bila nak habis daa? Hahahahahaa 


My family. Spiritual family. Nak tahu siapa yang bujang, sila hubungi ABM di talian.... 

Ok gurau je. Hakhak...... 

Feel free to view Collections Of Lavender untuk dapatkan jubah / dress / palazzo / baju kurung yang menarik. Klik SINI

2 comments:

Lea Azleeya said...

Seronok nye tgk ramai2 bercuti.. Happy aje nampak..

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Best nyer bercuti ramai2 ... Enjoy ...