10 September 2016

Lesson Learned - Apa Dah Jadi?



Eh, dah kenapa ABM keluarkan status macam ni? 

Pada hari Sabtu yang mulia ini, ABM kena tipu dengan pembeli. Yup, pembeli. Bukan penjual je yang pandai menipu. Pembeli pun sama. 

Sound Serious. Yes, I am. 

Bermulanya cerita apabila ada orang contact ABM melalui Whatsapp yang mengatakan dia berminat untuk membeli baju kurung yang ABM jual menerusi Carousell. Dan dia kata dia dari Eropah. Dan ABM pun layan dia macam biasa, gedebuk gedebak bagai sampailah hari ini... 

Di mana...

Dia cakap dia dah bank in duit baju kurung tu...

Ah, malas la nak cakap. Tengok sendiri la screen shot yang ABM sempat save ni. 

*Masa ni ABM bukak Whatsapp menerusi pc. So dia punya screenshot memang begini. 
**







Dah kenapa aku kena bagi kau balik? Ah sudah la kan. Tapi masa tu ABM BODOH NAK MAM***, pegi la bank in amount yang dia minta tuuuuu






Dah bank in tu dia mintak lagi RM500. ABM dah mula rasa tak sedap hati. ABM tanya kawan2 dan.... boom! PENIPU RUPANYA. 

ABM pun terus call CIMB untuk cancelkan transaction yang ABM dah buat. Dia suruh buat repot polis. Masa di balai, polis tu ada cakap. Kalau masa siasatan duit tu masih terlepas ke tangan penerima walaupun cancellation dah dibuat, pihak bank perlu pulangkan kembali duit tu. Duit kita. 

Lepas tu bila dah call CIMB tu balik, dia suruh pula kita pergi cawangan terdekat untuk buat cancellation tu. Hari Sabtu, mana la bank bukak. So dengan sedikit kelembutan dan agak banyak juga ketegasan, ABM emel je kat pegawai yang bertugas. Tapi masa tu dia cakap, duit tu belum tentu dapat. Apekah???????? 

Haduh, pening kepala ABM memikirkannya. 

Moga-moga apa yang berlaku pada ABM hari ini menjadi pengajaran kepada mereka yang lain. Sekarang ni diorang dah tak main cinta, Diorang main niaga. Dan ABM jadi mangsa. 

Ingatkan dah berhati-hati tahap takbolehblah ni tak la kena tipu. Harem.... 

Lepas ni dah tak nak ambik customer luar negara lagi dah. Huwaaaaa

2 comments:

Maria Firdz said...

Bertabahlah.. moga ada rezeki yang lain yang lebih baik..

siti hazreen said...

pasti ada hikmahnya...janganlah tak amik customer luar negara, kalau ade yg jujur nnti kesian pulak diorng huhu...eh, baru tahu boleh bukak wassap kat pc, ketinggalan zaman saya nih!