15 September 2016

Tentang Hati, Tentang Diri



Kadang kita rasa hidup kita sukar, 
Kadang kita rasa hidup kita sesak,
Kadang kita rasa hidup kita susah. 

Sukarnya nak berinteraksi dengan orang
Sesaknya diri dengan segala macam problema
Susahnya nak memahami diri sendiri

Er..... 

Bila gurauan disalah erti
Bila diamku disalah tafsir
Bila bicara disalah fahami 

Put it in your mind. 

Memang la rambut kita sama-sama hitam 
(kecuali kau ada darah mat saleh atau kau memang albino)
Memang la kulit kita sama-sama sawo matang 
(kecuali kau ikut jejak Micheal Jackson) 
Memang la kita berada dalam pejabat yang sama
(kecuali kerja kau memang pemandu bas berjaya)

Hati semua orang ni lain-lain, beb.
Bukan semuanya sama. 
Kadang tu apa yang diucap di lisan tak sama dengan yang di hati. 

Dia sokong apa yang kau cakap 
Padahal dia bantah

Kau bangkang tindakan dia buat begitu begitu 
Sedang dalam hati kau setuju 

Ya, hati. Selamanya takkan pernah selari dengan otak 
Kadang kita pun tak faham hati sendiri. 

Faham tak? Tak faham, sudah. 

Photo : Masjid Besi, Putrajaya


No comments: