03 October 2016

Bersendirian?




Boleh baca tak? 
Sengaja ABM letak besor-besor. Hahahahaaaaaaaa 

Ayat ni ABM jumpa masa ABM dengan sahabat dan adik angkat makan di restoran Korea di SS15, Petaling Jaya. Si sahabat la yang mengajak. Katanya sedap. ABM pula teringin nak cuba makanan Korea. Dan sejak ABM marathon cerita Korea, Jewel In The Palace ni, ABM asyik lapar je. 

Tapi, itulah asbabnya kan? Kalau tak sebabkan itu, ABM takkan jumpa ayat ni. Betul tak? 

xxxxxxxxx

"Kadangkala kita Perlu Bersendirian Untuk Menyedari Bahawa Perjuangan Itu Milik Kita." 

Bersendirian, bukanlah bererti mengasingkan diri dari dunia dan duduk dalam bilik tu senorang. Itu tak betul namanya. 

"Bersendirian" di sini bermaksud, kita akan bersendirian setiap kali kita menunaikan solat. Abaikan solat berjemaah, kita ibarat berbicara dengan Allah dalam solat kita. Dalam doa kita. Dan ketika itu, hanya kita berdua denganNya. Dan dari pandangan manusia, dia 'bersendirian'. 

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat untuk semua. 

1 comment:

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Kadang2 sembahyang sendiri lebih khusyuk, tapi berjemaah banyak pahala ...