31 October 2016

ESQ Training KL 97



"Teruslah memberi tanpa henti, dan teruslah memberi tanpa nanti." 

Kata-kata semangat dari Umi Robiah semasa dia memberi sedikit perkongsian di training ESQ Angkatan 97 yang diadakan di SACC, Shah Alam hujung minggu lalu. Training yang disampaikan oleh kedua-dua Trainer Utama ESQ iaitu Pak Firdaus Djamaris dan Pak Andi Muhammad Fajar ini dihadiri oleh hampir 300 peserta dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. 

Ramai kan? 

Ramai tak ramai la, berlari la juga ABM dari hujung dewan ke hujung dewan. Hari-hari macam ni boleh kurus mak! Hahahaaaa 


Barisan anak-anak dara (dan mak dara) yang bertugas untuk training kali ini. Yang tudung lain tu sebab belum tukar lagi. Jangan nak persoalkan pula yea. 

Mana kaum Adam? 


Ha, ni la dia. tapi tak cukup korum ni. Tahniah Pak Chu kerana kembali menyarung seragam hitam setelah sekian lama. Rasa sweet pula mereka bertiga di tengah tu. Hehehee


Orang kuat. Barisan crew yang bertugas untuk training kali ini. Banyak ketawa, banyak juga tangisnya. Tapi insya Allah, tangis kali ini adalah tangisan syukur dan tangisan taubat. Aamiin...


Memandangkan training kali ini diadakan serentak dengan Training ESQ Future Leaders, maka adalah mereka yang bertudung merah jambu join kami sekali untuk bergambar. Bukannya nak kata ABM dah tua (bukan yea bukan!) Tapi kebersamaan yang kami ada ini bukan sekadar di dewan training. Kami adalah satu keluarga, dan kegilaan kami kongsikan bersama. Eh? 


Nak marah pun kena berjemaah tau! Tak tau la apa yang sedang dibisingkan oleh kami-kami ini. Hahahaaaa sabar je la. 

Masih ada kesempatan untuk kami menggila dalam dewan training minggu ini di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Dengar cerita full house! Phew *sapu peluh kat dahi* 

Mohon doakan kami. Mohon doakan kami. Mohon doakan kami, supaya kami terus bersemangat, terus bertenaga dan terus bermotivasi untuk terus memberi kepada orang lain. Kerana Rasulullah pernah bersabda, sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada orang lain. 

Adios!

No comments: