24 October 2016

Memori External Hard Disk


Alhamdulilah, sudah masuk hari ke 24 dalam bulan Oktober ni. Bermakna ada dua bulan lagi untuk kita menghadapi tahun 2016 ini. Tahun 2017 pula akan menjelang. 

Tapi memori silam tidak dapat dipadamkan dari minda. Jangan ingat memori itu sudah luput. Ia hanya lesap sekejap dari kepala otak kita. Sesekali, ia akan muncul. 

Contoh memori yang masih kekal dalam minda ABM adalah mengenai external hard disk. Eh? Dah tak ada benda lain yang boleh menjadi memori ke wahai Cik Baizuraku sayang? 

Hahahaha.

Meh sini ABM cerita. 

Tahun 2007, masa tu ABM baru nak mula kerja ofis. Masa tu baru nak belajar komputer. ABM tak masuk kelas komputer. ABM belajar sikit-sikit daripada kawan-kawan satu ofis. Alhamdulilah, ABM bersyukur dikurniakan mereka yang tidak jemu-jemu mengajar walaupun agak gila la juga diorang tu. 

Eh, melalut dah. 

Nak dijadikan cerita, semua komputer ofis tempat ABM kerja tu dilanda virus sehinggakan semuanya perlu dihantar ke kedai untuk disetelkan. Hadui. Kerja kemain banyak yang disimpan dalam tu, alih-alih kena hantar kedai. Lebih sebulan juga la kami menghadapi situasi itu dan lebih seminggu juga kami 'kehilangan' komouter kami buat sementara. Nasib juga kami baru siapkan 9 proposal untuk Kementerian XXX. Mungkin itu salah satu penyebabnya. 

Kemuncaknya apabila komputer kami dihantar ke kedai. Semua orang mati kutu. Kerja ada yang perlu disiapkan, tapi kami tak boleh buat apa-apa. Sehinggalah ada pihak yang menasihati bos supaya membuat 'back-up' supaya semua kerja kami dalam komputer tidak hilang. 

Maka bos pun dengan kembang hidungnya (Okey, itu tipu la) membeli dua external hard disk untuk kegunaa dua department. Maknanya device itu perlu dikongsi. Jangan ada yang gatal buat rete (baca : harta). 

Department ABM memang sangat menurut arahan la. External tu kitorang kongsi 6 orang. Masa tu 200GB dah kira besar sangat dah. So kira mahal juga la masa tu.

Tapi department lain mendatangkan onar dan masalah pada department kami. Selalu sangat pinjam external kami. Lepas tu tak reti nak pulangkan. Kami pula yang terpaksa buat muka tebal minta balik. Dah macam kami pula yang pinjam. 

"External department korang mana weh? Asyik pinjam kami punya je. Kami pun nak pakai juga."

"Entahlah. Kat siapa entah. Aku pun tak tahu." 

"Aku tak pernah tengok external korang tu berjalan macam mana kami punya ni bertukar tangan. Siapa yang terima benda alah tu pada mulanya?"

"Mak Jemah (bukan nama sebenar)."

"Jemah! Mana external korang? Kau buat harta sendiri ek?" 

(sambil sorokkan external yang sedang digunakannya) "Mana ada la! Yang ni aku punya! Aku beli sendiri!" 

Ergh........ 

Lepas tu kami sarankan masing-masing beli sendiri je external tu. Tapi sorang pun tak nak dengar saranan tu. Sampailah external kami yang dah jadi external ofis tu hampir rosak, barulah bos nak beli satu lagi external yang 1TB punya. Itupun dek kerana tak nak perkara yang sama berulang, external tu disetkan supaya tidak boleh bergerak ke mana-mana. Nanti ada orang buat harta lagi. 

ABM tak sempat nak manfaatkan sangat external baru ni sebab dah nak berhenti kerja dah masa tu. Kemudian masa kerja kat KL memang ABM tak gunakan sangat protable disk. Pendrive pun tak ada. 

Bila dah kerja kat UiTM ni dan 4 pendrive ABM gunakan untuk simpan segala apa yang patut, barulah ABM terfikir nak beli external. Dan barulah memori itu muncul kembali. 

ABM beli 1TB ke? 

Eh, besar sangat tu. ABM bukan nak simpan apa pun. ABM nak simpan fail-fail peribadi ABM je. Lagu, video yang diorang dk antar dalam Whatsapp tu. Ada juga yang berguna untuk masa depan. 

Korang ada external?


1 comment:

YieN said...

Ade.. Mmg sendiri punya, penuh gambar n video anak2 je, hehe~