11 November 2016

Persoalan...


Jumaat menjelang lagi. Bicara seminggu ini penuh suka duka tangis tawa riang ria cikebum cikebum. Eh?

Sabar je la.


Belanja sekeping gambar selfie. Cun tak?

Hari demi hari berlalu tanpa henti. Tanpa kita sedari, umur kita berkurang lagi. Kubur sudah mula memanggil. Badan kita juga sudah mula bau-bau tanah. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia?

Adakah cukup amalan kita?

Adakah kita yakin dosa kita sudah terampun?

Adakah kita tahu di mana pengakhiran kita? Di syurga? Atau di neraka?

Persoalanini takkan pernah dapat dijawab oleh sesiapa pun. Semua orang punya jawapan yang berbeza untuk semua soalan di atas.

Jadi macam mana nak jawab semua soalan tu?

Dengan "begitu cara kita hidup, begitu juga cara kita mati."

Audit kembali cara hidup kita sekarang ni. Banyak hafal lagu-lagu atau banyak hafal Al Quran?

Banyak baca novel atau banyak baca Al Quran?

Banyak dengar lagu lagha atau banyak dengar ceramah agama?

Banyak tengok drama Suamiku Pasu Bunga atau banyak tengok ceramah agama?

Banyak bicara orang sana sini atau banyak bicara tentang mati?

Allahu akbar, rasa macam tengah tampar diri sendiri. Sebab sekarang ni life ABM lebih banyak yang kiri berbanding yang kanan.

*nangis*

Semoga kita sama-sama beroleh kematian yang baik, ya. Kerana kita hidup hanya 2 kali. Mati hanya sekali. Namun kehidupan kedua kita bermula dengan kematian. Kalau kematian kita sahaja sudah sangat mengerikan, bagaimana dengan kehidupan kita di sana?

Muhasabah Cinta. Kembali ke jalan yang diredhaiNya.

No comments: