31 December 2016

Duit Bukan Sekadar Rezeki



Duit bukan sekadar rezeki. Fuh, berat gila tajuk entri kali ini. Tapi itulah kenyataan. Sebab ramai yang salah anggap, ingat rezeki itu datang dalam bentuk wang ringgit, dolar, pound, won dan sebagainya. 

Salah tu salah. 

Rezeki ni besar skop dia. Datang dalam pelbagai bentuk. Dan duit hanyalah sebahagian kecil daripada rezeki yang kita dapat. 

Wajah yang cantik, itu rezeki. Tubuh yang sihat, itu rezeki. Ilmu yang didapatkan, itu rezeki. Keluarga yang bahagia, itu rezeki. Sahabat yang menyenangkan, itu rezeki. Jodoh yang menenangkan, itu rezeki. 

Nampak tak? 

Tapi ramai yang mengeluh bila tak cukup duit. Lepas tu dok merungut, kata belum ada rezeki la apa la. 

ABM nak bagi satu contoh yang paling senang. Seorang lelaki, punya isteri punya anak. Dia teringin sangat nak ke Mekah menunaikan umrah. Tapi keadaan kewangannya tak mengizinkannya untuk ke sana. Dia berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan perjalanannya ke sana. 

Allah itu Maha Mendengar, dan Dia juga Maha Memberi Rezeki. Dalam keadan itu, ada seseorang yang baik hati telah memberikannya pakej menunaikan umrah sebagai hadiah buatnya. Dan dia tak perlu keluarkan sesen pun duit dia. 

See? Itulah namanya rezeki kan? 

Setiap orang punya rezeki sendiri yang telah ditetapkan Allah. Tapi kita kena berusaha, untuk dapatkan apa yang diinginkan. Barulah Allah bagi apa yang kita perlukan. 

Arasso?

1 comment:

Fhatin Amelia said...

singgah sini :D
http://mellyacrayola.blogspot.com/