27 December 2016

Pancit? Kenapa?




Bertuah punya Rab. Pancit dikatanya aku. Hahahahahaaaa

Baik. ABM cerita apa yang berlaku hujung minggu lalu, sehinggakan ABM dapat mesej sebegini.

Pada hujung minggu lepas, telah diadakan Training ESQ Youth Camp di mana para peserta terdiri daripada remaja yang masih di bangku sekolah menengah. Program ini bertujuan selain daripada mengisi masa lapang anak-anak yang masih bercuti, merupakan salah satu usaha untuk mempersiapkan anak-anak untuk menjadi pemimpin negara di masa hadapan.

Eh. Taknak banyak cakap la. Meh tengok gambar-gambar yang ABM sediakan ni.



Program ini agak berbeza dari Training ESQ yang lain kerana menggabungkan kedua-dua aktiviti 'indoor' dan 'outdoor'. Setiap aktiviti dan permainan yang disediakan mempunyai makna yang tersendiri. Namun, ia disesuaikan dengan peringkat umur remaja yang sukakan keseronokan.



Ini pula sebahagian daripada aktiviti 'outdoor' yang diadakan.



Kami sebagai urusetia / crew harus sentiasa 'fit' dan bersemangat untuk memastikan perjalanan training ini berjalan lancar. Maklumlah, kalau dah namanya aktiviti 'outdoor', mestilah sedikit lasak, kan? Kalau awal-awal lagi dah pancit, acane tu? Hahahahaaa



Its a wrap! Hahahahahaaaa

Alhamdulilah. Training terakhir untuk tahun 2016 ini. Moga-moga setiap titisan peluh yang mengalir dalam setiap training yang dihadiri menjadi butiran tasbih buat ABM dan mereka yang lain. Bismillahi Allahuakbar!

Tahun 2017 harapannya, akan membawa sejuta makna buat ABM dan orang-orang di sekelliling. Aamiinn...

No comments: