28 December 2016

Pilih Untuk...





Pilih untuk 'Respond' kepada Situasi Anak-anak Bukan 'React'
=============================================

1. Adik berhenti menangis sekarang! (Arahan mengejut)
--> Tukar ke: Adik nampak sangat sedih. Adik nak mak peluk? (atau Adik nampak sedih sangat, meh sini mak peluk)(Time In).
.

2. Kalau awak berdua tak berhenti bergaduh sekarang, Mama patah balik kereta ni. (Ugutan)

--> Tukar ke: Mama tak selesa dengar bising macam ni. Mama berhenti kereta sat, bila kereta ni dah senyap, Mama akan sambung memandu semula. (luahan asertif dan solusi)
.

3. Apa? Adik tumpahkan lagi air jus ni? (herdikan)
--> Tukar ke: Ok ow, air dah tumpah, jum ambil kain dan kita lap. (solusi)
.

4. Memang betul tak adil. Hidup ni tak adil. Adik kena biasakan diri dengan keadaan macam ni. (tertutup,pasrah)

--> Tukar ke: Mama tahu adik sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Hidup ni adakalanya tak semua yang kita nak kita akan dapat. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. (perspektif baru)
.

5. Dapat C lagi? Apa tak kena dengan awak ni ya? (Questionning)
--> Tukar ke: Nampak macam kakak ni susah sedikit dengan subjek Math. Ada apa-apa yang Mama boleh bantu kakak tak? (tawar bantuan)
.

6. Cukup-cukup dah lah tu...... adik ni asyik merengek/minta minta aja... (mengeluh)

--> Tukar ke: Boleh tolong gunakan suara rendah skit masa minta mama sesuatu? (beritahu option baru) (atau: Mama tak faham bila adik merengek macam tu, tak jelas. Boleh tak adik bagitahu Mama betul-betul, apa yang adik nak?) (option baru)
.

7. Mak dah tak tahan dah dengan adik ni. (keluhan dan pasrah tertutup)

--> Tukar ke: Mak rasa kecewa sekarang. Mak nak jalan kejap untuk tenangkan diri mak. Nanti dah tenang mak datang balik. (so anak tahu mak berlalu pergi semata untuk tenangkan diri bukan meminggirkan / abaikan dia) (option / kefahaman/ asertif)
.
.

1 comment:

nOe suhaimi said...

kdg2 bila dah marah..terlepas juga ayat2 yg kat tak sepatutnya keluar tu...apa2 pun kita kena sentiasa berusaha...