08 December 2016

PLEASE STOP HURTING ME WITH YOUR WORDS...


Tengah-tengah skrol FB, jumpa satu perkongsian tentang parenting guide. Walaupun ABM belum bergelar ibu, itu bukan penghalang untuk ABM berkongsi dengan yang lain tentang hal ini. Mana la tahu kan, ada di antara pembaca yang merupakan seorang ibu atau bapa, atau juga seorang pengasuh anak atau pengusaha taska. Semua ilmu adalah bermanfaat jika digunakan pada jalan yang betul.

PLEASE STOP HURTING ME WITH YOUR WORDS...



Perkataan yang keluar boleh menjadi penawar atau pembunuh.

Ia juga boleh membentuk identiti diri seorang anak itu.

Mengapa identiti diri amat penting?

Bila sesaorang itu mengambil sesuatu identiti diri, maka dia akan melakukan perbuatan sebagaimana dia nampak dirinya itu.

Seorang itu akan mengambil identiti dirinya pada usia 3 tahun. Dia akan melihat dirinya sebagaimana yang dia dinampakkan mengenai dirinya.

Contoh, jika dia dinampakkan sebagai seorang yang degil, jahat, suka buat perangai, tak tahu berkawan, maka itulah yang disangka mengenai dirinya. Maka begitulah dia akan berperangai.

Kita akan lihat perkara ini setiap hari. Anak yang digelar trouble maker akan melakukan trouble.

Ibu teringat sebuah peristiwa semasa anak-anak Ibu masih kanak-kanak lagi. Di dalam kejiranan kami adalah sorang budak itu digelar trouble maker. Katanya dia suka mengambil barang orang dan macam pembuli.

Suatu hari Ibu telah membelikan basikal untuk anak-anak Ibu. Sedang mereka bermain, tiba-tiba budak itu mula nak ambil basikal itu....melihat dari jauh dan memikirkan apakah langkah yang paling baik untuk Ibu lakukan, tiba-tiba terdetik di hati, mungkin budak ini nak merasa naik basikal dan tak tahu nak minta baik-baik.

Ibu pun menghampiri anak-anak Ibu yang sedang tak sure nak buat apa...Ibu terus tegur budak itu dan kata kepadanya..."sayang nak merasa naik basikal ya.." ada pulak yang jadi batu api...'jangan mak cik, nanti dia tak pulangkan!'



Zaman itu, Ibu belumlah faham betul-betul lagi pasal psikologi ni...tapi hati Ibu terasa sangat budak ni bukan jahat..Ibu pun kata kepadanya sekali lagi..." Tak pe, kalau nak merasa naik basikal...mintak elok-elok dengan kawan ya..' dan Ibu minta izin anak Ibu pinjamkan basikal dia.. Ibu kata kepada budak tu, agar dia bawak 2 round dan lepas itu bagi balik pada anak Ibu... memang dia bawak basikal tu baik-baik dan setelah dua round dia pulangkan kembali...nampak macam dia puas hati tapi keliru...keliru agaknya...macamana mak cik ni boleh percaya kepada dia...umur anak itu pada masa itu 10 tahun.

Semenjak itu, dia tidak lagi buat perangai dengan anak-anak Ibu dan mula bermain dengan baik dengan anak-anak Ibu.

Suatu hari, kami terjumpa dia dan keluarganya semasa berhenti makan di Cameron Highland. Budak yang kononnya dikatakan jahat tu datang kepada kami dan menyapa Ibu dan anak-anak Ibu.

Kenapa agaknya Ibu teringat akan kisah ini...mungkin peristiwa itu banyak mengajar Ibu untuk bersangka baik dan jangan cepat melabel anak-anak kita dan jangan ikut orang lain jika mereka melabel sesorang.

Ibu berpesan, janganlah kita orang dewasa melemparkan label-label buruk kepada sesorang anak. Ketap bibir jika perkataan itu nak meloncat dari mulut kita.

Kita tidak mahu anak itu membesar mengambil identiti yang tidak baik kerana kita tidak mengawal perkataan kita. :(

Kita membawa perbezaan ke dunia ini. Pilihlah melakukan perbezaan yang baik.

Jika dah tersilap, betulkan dan maafkan diri dan berusaha memperbaiki keadaan.

You are loved <3 p="">


1 comment:

Amin Hakim said...

Sebab tu ibu bapa kena tunjuk contoh dan teladan yang baik-baik pada anak sejak dari baby lagi....