20 December 2016

Training ESQ Angkatan 98 Dan........



Nampak gambar ni? Nampak tak? Ni maknanya Training ESQ! Yeah!!!!!

Alhamdulilah, berlangsung sudah Training ESQ Angkatan 98 yang diadakan pada hujung tahun lepas. Training ini dihadiri oleh hampir 500 peserta dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Apa yang paling best kali ni?


Yeah! Lan Pet Pet jadi peserta kali ini. Beliau dihantar oleh isteri tersayang dan menjadi peserta bersama ibu mertua. Beliau sangat humble, dan tidak lokek berkongsi ilmu. Paling best, bila kami sedang kemas dewan untuk sesi seterusnya....

"Crew! Meh sini tangkap gambar!"

First time artis yang panggil kami untuk tangkap gambar. Selalunya kami la yang beria-ia. Bukan sekali, banyak kali! Kami pun apa lagi, berlari berkejaran la. Heheheheeee



Gambar yang diambil bersama dengan beliau. Seronok sebab dia sikit pun tak control macho. Kalau kita tengok dia sengal kat dalam TV, macam tu juga la dia di dalam dewan training. 


Training yang diadakan pertama kali di Sunway Resort Hotel & Spa ini menyediakan dewan yang sistem lampunya sangat menarik! Ketika gambar ini diambil, kami sedang memasang lampu berwarna biru. 


Ini pula ketika lampu berwarna merah. Cantik kan? 


500 jiwa. 500 nyawa. 500 hati yang mencari cinta Ilahi. Moga training kali ini memberi ilmu, pengajaran dan pengalaman yang berguna buat kami semua. Aamiin... 

PAGI!!!!!!!

No comments: