13 February 2017

Salah Whatsapp???





Pernah alami situasi macam ni?

ABM pernah. Malunye lahaii. Tapi bukan kantoi ada pakwe la.

Masa tu training MCB SC2 di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Ada rezeki lebih, so dapat la check in kat situ. Sebabnya masa tu kerja syif malam, so takut jugak tak dapat bangun awal. Solusinya, check in hotel.

Setiap kali training pasti ada Group Whatsapp sebab nak mudah berkomunikasi. Semuanya ada dalam tu termasuklah trainer.

Nak jadikan cerita, ada sorang budak ni. Sama-sama ATS juga. Dia tinggal tak jauh dari ofis ABM. Dia mengadu tak ingat step untuk energizing sesion kami. So kami pun PM la sesama sendiri. Dalam masa yang sama grup whatsapp pun tengah rancak. Ye la, untuk kelancaran training kan.

Entah macam mana ABM taip "Kalau tak sure sangat meh datang ofis akak kita sama-sama berlatih kat sini."

Dan. ABM. Hantar. Kat. Dalam. Grup. Whatsapp.

...........

Dah lama tu baru perasan. Cepat-cepat la minta maaf. Nasib baik la tak kena bahan.

Ok. Itu cerita ABM. Ada sorang lagi adik ABM pun kena macam tu juga. Tapi kisahnya lain sikit. Dia dan pakwe dia dalam grup yang sama. Grup training juga. Dan ahli grup hampir sama dengan ahli grup ABM tu.

Dia nak tanya soalan "Awak kat mana?" kat pakwe dia. Tapi.....

Dia. Hantar. Kat. Dalam. Grup. Whatsapp.

Habis. Sampai ke sudah kena bahan. "Awak kat mana?" Hahahhahahaa.

So moral of the story, kalau tengah aktif berwhatsapp lebib dari satu chatroom, mohon semak dengan teliti. Takut juga jadi macam teman ni. Malu sehhh. Hahahahahaaa

2 comments:

Abam Kie said...

As salam. betul tu. sblom hantar msg ke group tu kena hati n check balik. takut salah antar kan? abam kie folo sini ye? no 260. TQ...

Seorang Syed said...

Setakat ni tak pernah terjadi lagi dekat diri sendiri. Tapi kalau tersalah hantar dekat group ws ni memang memalukan. boleh kena bahan sepanjang hari kot haha

btw saya singgah sini dan follow ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)