22 February 2017

Training ESQ Angkatan Asmaul Husna


Alhamdulilah, berakhir sudah Training ESQ Angkatan 99 yang diadakan pada 18 hingga 20 Februari 2017 di SACC, Shah Alam, baru-baru ini. Training yang dihadiri oleh lebih 200 peserta cukup bermakna kerana bukan sahaja melambangkan 99 nama Allah yang juga disebut Asmaul Husna, malah ia bermula pada 99 hari menjelang bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Training kali ini dibawakan oleh Pak Firdaus Djamaris, dibantu oleh Fadhullah Hasan dan Fairuz. 

Kami sebagai crew ATS sentiasa bersemangat dan bersedia untuk menyantuni kalian semua. 


Eh, Abang Fairuz taknak pandang kamera pulak. Hehehehehe


Bersemangatnya Pak Lah. Berbaju Melayu lengkap bersongkok bila datang recharge sebagai alumni. 


Bersama Kak Nour dan Coach Ell. Masa ni kami sedang bersenam dan..... handphone adalah peralatan utama. Apa lagi, swafoto la! Pantang dapat peluang, kan? Hahahahahaa 


Apa yang menariknya training kali ini ialah, kesudian Uncle Lan Pet Pet untuk datang recharge seterusnya menjadi crew bersama kami. Sejujurnya, dia berasa kagum dengan level tenaga yang dimiliki oleh para crew. "Korang tak penat ke?" Lebih kurang gitu le ayatnya. Hahahahaaa 

Angkatan seterusnya, Angkatan 100. Lebih istimewa kerana ia dibawakan sendiri oleh pengasas ESQ< Dr Ary Ginanjar Agustian. Ia akan diadakan di IDCC, Shah Alam pada 6-8 Mei 2017 nanti. Pada sesiapa yang berminat untuk mengalami perjalanan spiritual yang sangat berharga ini, boleh hubungi 016-5165165 (Call/SMS/Whatsapp) untuk maklumat lanjut.

Jumpa di sana! 


2 comments:

Maria Firdz said...

Singgah blogwalking sini...

adianiez AIDA said...

lan pet pet :-)