03 March 2017

Air Mata...




Air mata...

Terlalu mahal
Terlalu berharga
Terlalu bernilai
Untuk kau tumpahkan kerana dunia

Bila kau letakkan Dia di hati
Dan dunia di tangan
Percaya aku
Kau takkan kecewa

Kerana jika dunia menyakitimu
Hanya tangan yang terluka
Dan bukannya hati

Kau mahu tenang?
Carilah Dia Yang Memberi Ketenangan
Kau takkan terhambat dengan dunia

P/s : jangan salah faham. Ini adalah posting tahun lepas di Facebook yang muncul kembali menerusi Memory. Nampak indah, jadi apa salahnya dikongsi semula di sini. Ye dak?

No comments: