02 March 2017

Kisah JUTAWAN dan STOKIN BURUK.



Seorang jutawan yang kaya raya.
Dia punya anak ramailah juga.
Bini tak tau la ada berapa.

Hahahaha.

Dia jatuh sakit sudah lama
Sedarlah dia
Nyawanya sudah di hujubg usia.

Pada anak-anak dia dia berpesan,
"Uruskan jenazahku nanti tugas kalian,
Stokin buruk di laci hadapan,
Pakaikan padaku ketika aku dikapan."

Bingung sudah anak-anaknya
Namun diangguk jua.

Sampai masa dan ketika
Si ayah pergi jua

Pada tok imam mereka berdepan
Tentang stokin yang dipesan
Saat si ayah mahu dikapankan

Tok imam terbeliak mata
"Stokin buruk mahu dipakaikan bersama?
Tak boleh, jangan buat gila!"

Bingung sudah si anak
Tersepit di tengah sampai nak botak
Antara hukum dan wasiat bapak.

Sudahnya ada yang bersuara
Meminta si waris berjumpa lawyer
Untuk dapatkan kepastian sebenarnya.

Si peguam bercermin mata
Buka wasiat depan semua
Terkebil-kebil bila membacanya.

"Wahai anakku yang dicinta
Apabila kita sudah tiada,
Jangankan harta benda dan keindahan dunia
Stokin buruk yang tiada harga
Itupun tak dapat dibawa bersama."

Begitulah kisah jutawan geliga
Yang mahu beri pelajaran berharga
Buat anak-anak yang gila harta
Walau sudah meninggalkan dunia.

P/s : ayat-ayat dalam pengkisahan ini diolah semula berdasarkan sebuah kisah yang popular tentang stokin busuk. Sekian.

No comments: