24 March 2017

T E N A N G





T E N A N G.

Tenangnya hati;
Tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Tenangnya jiwa;
Tidak boleh dipinjam oleh sesiapa.

Tenangnya akal;
Tidak dapat di capai dengan kekusutan dunia.

Tenangnya bersama Allah,
Ketika aku tidur,
Engkau selalu jaga dan melihatku lena.

Ketika aku sakit,
Engkau menghapus segala
dosa-dosa yang lama.

Ketika aku sesat,
Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu.

Ketika aku sujud,
Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru.

Tenangnya bersama Allah,
Engkau penjagaku setiap masa,
Memerhati setiap gerak geriku,
Mengabulkan doa-doa ku,
Dan membuat ku rasa selamat.

Tenangnya bersama Allah,
Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,
Maka aku tidak takut lagi,
Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,
Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,
Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama.

Tuhanku,
Aku rasa tenang bersama-Mu,
Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,
Dalam keadaan yang Engkau redhai.

Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb

No comments: