16 April 2017

Budak Kecil dan Api Neraka



Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala. 

Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab, " Aku takutkan api neraka." 

Khalifah yang adil itu memujuk, "Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." 

Namun apakah jawapan budak itu? Katanya, "Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam Neraka kelak. Aku umpama ranting kecil itulah?" 

Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis. 

*Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Hal yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa. 

Sumber : Buku Angguk Geleng Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd 

No comments: