05 April 2017

Kisah Sayidina Ali Dengan Seorang Pendosa...


Ini sebuah kisah yang diriwayatkan Sayidina Ali. Sebuah kisah antara beliau dengan seorang pendosa yang ingin bertaubat.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lelaki itu, berdoa setelah menunaikan solat. Katanya, "Ya Allah, aku ingin bertaubat kepadaMu sekarang juga."
.
.
Mendengarkan itu, Sayidina Ali lantas berkata, "Taubat yang engkau lakukan secara semberono ialah taubat yang dusta, dan taubatmu memerlukan taubat yang lain."
.
.
Lelaki itu terkejut, lalu berkata, "Tolong terangkan kepada saya."
.
.
.
.
.
.
.
"Taubat itu ada enam."
.
.
.
"Pertama, sekiranya engkau telah melakukan dosa, maka hendaklah kamu menyesali dosamu itu."
.
.
.
"Kedua, jika kamu melakukan dosa kepada Allah kerana perintah yang wajib, maka hendaklah kamu mengerjakan semula kewajipan yang kamu tinggalkan itu."
.
.
.
"Ketiga, sekiranya kamu melakukan kezaliman kepada orang lain, maka taubatnya ialah wajib bagi kamu memulangkan apa-apa yang berlaku kepada orang itu, sehingga tiada lagi perkara yang bersangkutan dengannya, dan dia memaafkan segala penganiayaan yang kamu lakukan kepadanya."
.
.
.
"Keempat, jika kamu melakukan maksiat sehingga jiwa kamu rasa sebati dengannya, begitu juga ketaatan dan ibadah perlu dilakukan sehingga jiwa sebati dengannya."
.
.
.
"Kelima, sebagaimana maksiat yang dilakukan terasa manis, begitulah juga ketaatan, perlu dibuat sekalipun rasanya pahit."
.
.
.
"Terakhir, sekiranya kamu melakukam maksiat kepada Allah dalam keadaan kamu gembira dan bergelak ketawa, maka kini sampailah kepada kamu menangis menyesali dosa-dosa tersebut."
.
.
.
.
.
.
Adakah selama ini taubat kita hanya dusta?

No comments: