25 May 2017

Apa Yang Saya Lakukan Sebelum Memulakan Kerja?



Selamat hari gaji buat semua kakitangan awam. Ecewah..... 

Hari ni saya bukan nak cerita pasal gaji. Benda tu semua orang tahu dah. Tapi saya nak cerita tentang sesuatu yang menjadi amalan saya setiap kali memulakan kerja.

Apa tu?


Hah betul tu. Setiap hari, saya mulakan kerja-kerja saya dengan mengalunkan Asmaul Husna. Menyeru nama-nama Allah yang Maha Agung. 

Asmaul Husna tu apa ek? 

Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

Berikut adalah beberapa dalil yang terkandung di dalam Al-Qur’an dan Hadis tentang Asmaul Husna:

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” – (Al-Quran.Surah Al Israa’: 110)

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari

Jadi setiap hari sebelum memulakan kerja saya pasti akan mengalunkan Asmaul Husna. (Heh, berapa kali nak cakap daa...) 

Ada banyak version Asmaul Husna yang kita boleh ikut. Ada version Siti Nurhaliza, ada version Sharifah Khasif. Ada version Hijjaz yang popular masa saya sekolah dulu. 

Tapi sekarang, saya selesa dengan version ini. Version ESQ. Pada saya, ia lebih senang diingati. Dan lebih mudah dilafazkan.

Boleh juga ikut version ini di sini





Jom sama-sama kita jadikan ini sebagai amalan kita. Tak apa, sikit-sikit ya. Lama-lama nanti Insya Allah, anda boleh hafal keseluruhan Asmaul Husna beserta maknanya. Dapat juga kita mengenali Pencipta kita dengan lebih dekat. Kan?



2 comments:

Mar Mansor said...

Satu amalan yang wajar dilakukan orang lain juga. Perkongsian yang bermanfaat

Adinda Baizura Mazlan said...

Terima kasih atas komennya :)