06 June 2017

BERPUASALAH SEPERTI ULAT, JANGAN SEPERTI PUASA ULAR



Kewajiban puasa sesungguhnya tidak hanya diwajibkan kepada manusia saja. Beberapa jenis makhluk hidup juga melakukan puasa sebelum mendapatkan kualiti dan biologi hidupnya. Contohnya puasa induk ayam yang mengeram sehingga berubah telur menjadi makhluk baru yang berbeza bentuk yang disebut anak ayam.

Di antara puasa haiwan yang dapat kita ambil pelajaran agar puasa kita mencapai darjat taqwa, ialah puasa ULAR dan puasa ULAT.

A. PUASA ULAR 🐍
Agar ular mampu menjaga kelangsungan hidup, salah satu yang mesti dilakukan adalah menggantikan kulitnya secara berkala.

Ular tidak dapat menanggalkan kulit lama serta merta. Ia mesti BERPUASA tanpa makan dalam tempoh waktu tertentu. Setelah PUASANYA TUNAI, kulit luar terlepas dan muncullah kulit baru.

Hikmahnya:
1. WAJAH ular sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
2. NAMA ular sebelum dan sesudah puasa tetap sama yakni ULAR.
3. MAKANAN ular sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
4. CARA BERGERAK sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
5. TABIAT dan SIFAT sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.

B. PUASA ULAT 🐛
Ulat termasuk serangga paling rakus kerana hampir sepanjang waktu hidupnya dihabiskan untuk makan. Tapi bila sudah bosan makan, ia lakukan perubahan dengan cara berpuasa. Puasa yang benar-benar dipersiapkan untuk mengubah kehidupannya. Untuk itu ia mengasingkan diri, badannya dibungkus rapat dan tertutup dalam kepompong sehingga tak dapat lagi melampiaskan hawa nafsu makannya.
Setelah berminggu-minggu puasa, maka keluarlah dari kepompong seekor makhluk baru yang sangat indah bernama RAMA-RAMA.

Hikmahnya:
1. WAJAH ulat sesudah puasa berubah INDAH MEMPESONA
2. NAMA ulat sesudah puasa berubah menjadi RAMA-RAMA.
3. MAKANAN ulat sesudah puasa berubah MENGHISAP MADU
4. CARA BERGERAK ketika masih jadi ulat menjalar, setelah puasa berubah TERBANG di udara.
5. TABIAT dan SIFAT berubah secara total. Ketika masih jadi ulat menjadi perosak alam pemakan daun. Selepas menjadi kupu-kupu menghidupkan dan membantu kelangsungan kehidupan tumbuhan dengan cara membantu PENDEBUNGAAN.
__________________
Beza dari susut Kiasan makna 😗

'ULAR' - Orang yang Sebelum, Semasa, Selepas puasa di bulan Ramadhan, sikap dan amalannya SAMA shj buat keburukan dan kekejian dan tiada perubahan ke arah kebaikan maka tiada beza ia dengan sifat seperti Ular semua keadaan sama sahaja seperti seolah2 tiada apa manfaat melainkan penat menahan lapar dan dahaga sahaja.

ULAT - Orang yang Sebelum, Semasa, Selepas puasa Ramadhan ia menjurus ke arah semakin baik dan cantik amalannya maka ia seperti Ulat yang Sebelum dan Selepasnya berubah ke arah yang lebih baik dan semakin cantik keadaannya.
_______________
Ibrah pengajarannya 😗
Semoga ibadah puasa kita mampu menghijrahkan diri kita agar semakin taqwa dan mampu "khairunnas anfa'uhum linnas" (sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberikan manfaat bagi manusia lainnya).

Puasa kita tidak mengubah fizikal secara ketara seperti ulat, tetapi mampu mengubah secara ketara pada Rohani kita. Semoga puasa kita diterima Allah SWT... Aamiin Allahumma Aamiiin

✅C&P

Selamat Hari Pustakawan Malaysia! Klik SINI

No comments: