01 June 2017

Mulut Jahat, Hati Baik?



For me, there's no such thing as "Mulut jahat, hati baik." 

Kenapa?

Sebab, mulut adalah cermin hati. Apa yang ditutur di lisan, itu juga yang terlintas di hati. Sebab tu selalu kita dengar situasi "Eh, aku rasa aku cakap kat hati tadi. Macam mana boleh terlepas cakap pulak ni?"

Hahahaaa.... 

Lisan juga termasuk dalam 7 perkara yang perlu dijaga untuk membersihkan hati selain mata, telinga, perut, kemaluan, tangan dan kaki. Kerana dari lidah, banyak dosa boleh terbit. 

Lisan ini bukan sahaja setakat tutur kata. Kata Ustaz Syamsul Debat, lisan ini terbahagi kepada dua iaitu : 

Lisan berlidah 
Lisan berjari 

Lisan berlidah memang selalu kita dengar. Tapi lisan berjari selalu juga kita baca. Macam entri yang sedang anda baca ni la. Hahahaaa 

Lisan berlidah adalah tutur kata kita. Sangat perlu dijaga. Ada pepatah Arab yang mengatakan "Tergelincirnya kaki itu lebih selamat daripada tergelincirnya lidah." Kenapa? Sebab kalau tergelincir kaki, kita yang sakit. Kalau tergelincir lidah? Orang lain yang sakit. 

Tergelincir lidah tu terlepas cakap ke?

Tak juga. Yang selalu cakap kotor, yang selalu cakap yang menyakitkan hati orang, yang selalu cakap meninggi suara macam nak marah. Ha yang itu la tergelincir lidah. 

Kalau nak marah orang A tapi cakap meninggi orang B seolah-olah kita marahkan orang B tu dikira tergelincir lidah ke? 

Itu cari pasal namanya. Orang B tu tak salah kot! Yang kau pergi marah dia tu kenapa? 

Kalau bergurau tu? 

Rasulullah SAW juga bergurau. Tapi gurauan baginda tidaklah sampai menyakitkan hati orang lain. Kita ni bergurau kalau boleh sampai masam-masam muka orang tu ape cer? 

Hadoi... 

Lisan berjari pula? Ha, yang korang dok forward-forward mesej berantai yang merapu tahap 10 tu la. "Sebarkan mesej ini jika anda sayangkan Islam." Habis itu kalau tak sebarkan, kita dikira tak sayang Islam la? 

Nonsense!

Lepas tu hujung-hujung "Dia ni mulut je cakap macam tu. Macam tak ada insurans tapi hati dia baik." 

Kau rasa?

No comments: