22 November 2018

Hunus parang sebab tak puas hati markah SKT?



Hunus parang sebab tak puas hati markah SKT?

Pada yang belum tahu, SKT tu bermaksud Sasaran Kerja Tahunan. Ia adalah sebahagian daripada Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang wajib disediakan oleh kakitangan kerajaan pada hujung tahun.

Laporan perlu disediakan bagi menilai prestasi staf itu sendiri. Selain itu, ia juga menentukan kesesuaian dan kelayak untuk kenaikan pangkat, pemangkuan pinjaman dan pertukaran sementara, juga untuk pergerakan gaji tahunan. Itu yang orang nampak sebenarnya. Hehehe.

Markah diberikan kepada staf bersesuaian dengan prestasi staf tersebut sepanjang tahun tersebut. Jika 'perform', markah tinggi akan diberikan dan begitu juga sebaliknya.

Namun bercakap memang semudah ABC. Ada juga staf yang tidak puas hati apabila markah SKT tidak memuaskan hatinya. Pada mereka, mereka sudah melakukan yang terbaik. Padahal, markah diberikan dari banyak aspek. Kehadiran, keberadaan, semangat kerjasama, komitmen san sebagainya.

Namun, bukan mudah untuk puaskan hati semua orang. Ada orang marah bila dapat markah SKT rendah. Sedangkan dalam masa yang sama, mereka tidak berikan prestasi yang memuaskan.

Walaupun alasan telah diberikan, dia masih tidak berpuas hati. Walhal, markah yang diberikan bukannya rendah sangat. Dan sikap staf itu sendiri yang sukar menerima teguran orang lain membawa kepada kes hunus pedang.... eh, parang.

Jadi, jangan terkejut la kalau hujung-hujung tahun macam ni ada kes-kes mengarut macam ni. Korang kena faham satu benda. Markah SKT, kalau kurang dari 80, akan ada masalah dalam pergerakan gaji. Mungkin sebab itu yang dia mengamuk tu.

Sepatutnya, kita jadikan markah SKT ni sebagai kayu ukur untuk kita perbaiki diri kita. Mana yang kurang tu kita tambahbaik dan perbaiki. Mana yang dah okey tu, kekalkan dan jagalah ia sebaiknya. Tak payah sampai nak hunus parang segala. Daripada eolk 80 markah, terus jadi 50 markah. Lagi haru! 


No comments: