19 September 2019

"Seseorang yang ada sifat ego sebesar zarah, dia akan sentiasa dalam kepenatan"



Semua buat silap.

Namun JANGAN EGO UNTUK MENERIMA TEGURAN.

Kata al Habib Umar ben Salim:

" Seseorang yang ada sifat ego sebesar zarah, dia akan sentiasa dalam kepenatan"

Tapi yang lebih merbahaya, bila ada sifat SOMBONG kerana RASULULLAH صل الله عليه وسلم bersabda:

" Sesiapa yang ada sebesar zarah sifat SOMBONG,  maka tidak layak SYURGA UNTUKNYA"

Bila mana orang menegur kita, bermakna orang itu sayang. 
Bila mana orang menegur secara berkias kepada kita, kerana sifat SOMBONG dan ego kita untuk menerima teguran.
Bila mana orang menegur secara umum, kerana kita telah melakukan maksiat @ mungkar secara umum.

.
.
Mohonlah pengampunan ALLAH TAALA.  Semua buat silap. Andai kita tetap mengatakan kita betul, satu persatu AIB KITA DIBUKA ALLAH TAALA. 

Jangan ingat orang SENGAJA MEMBUKA AIB , Jika kita yang SENGAJA MEMBUKA PINTU AIB.

Astagfirullaha lil mukminina wal mukminat

No comments: