19 January 2019

Review Buku : Hero Oleh Hilal Asyraf


Bertemu lagi kita dalam segmen "Beli Buku Je Lebih, Yang Baca Kotak Je." Ya tuan-tuan dan puan. Buku ini dibeli menerusi seorang Personal Shopper pada Pesta Buku Antarabangsa tahun lalu. Dan baru baca hari ni. Hebat bukan?


HERO. Seorang wira yang muncul dua tahun yang lalu, menjaga keamanan Kotaraya Angsana yang dibangunkan oleh 10 orang jutawan Islam Malaysia. Amir Faheem bin Amir Muiz, atau lebih dikenali sebagai Afam, merupakan individu bertanggungjawab menjadi hero tersebut. 

Ia lebih dari sekadar novel superhero. Ia memaparkan nilai kasih sayang antara keluarga, suami isteri (cewah!) dan juga sesama umat Islam. Novel ini juga menunjukkan kepada kita, Islam itu lebih dari sekadar berteleku di tikar sejadah. Ya, ia lebih dari itu. 

Mula-mula baca rasa macam..... biasa je. ABM lebih tertarik dengan adegan pertarungan antara Hero dan musuh-musuhnya. 

Bayangkan kalau novel ni diadaptasi menjadi sebuah filem. Mesti best kan? 

Baca la novel ni. Lengkap, cukup perisa. Mesti anda akan tersenyum manis je lepas baca novel ni. Hehehe


Masih ada yang belum join Segmen Drop Your Link ni? Meh la join! 

Lama Ke Baru?



Lama atau baru,
Harganya tetap sebegitu.

Rasanya masih di situ,
Kaulah cinta hatiku.

Cia cia ciaaaaaaaa

Hanya RM20 sebotol. Sama ada 70ml atau 90ml. Anda pilih yang mana? 

Pilih, dan Whatsapp sekarang di SINI


Masih ada yang belum join Segmen Drop Your Link ni? Meh la join! 

MENYEDARI KEKHILAFAN DIRI



MENYEDARI KEKHILAFAN DIRI



Seseorang MANUSIA itu HARUS,,

CUKUP RENDAH HATI untuk mengakui keSILAPannya,,

CUKUP BERANI untuk memBETULkan keSALAHannya,,dan

CUKUP BIJAK untuk mengambil MANFAAT daripada keGAGALannya... 



KUKUHkanlah pengHARAPan dalam setiap TITIPAN DOA,,



Sesungguhnya DOA yang TULUS IKHLAS kepada ALLAH dapat,,

MemBERIkan keKUATan pada orang yang LEMAH,

MemBUATkan orang yang tidak PERCAYA menjadi PERCAYA dan 

MenZAHIRkan keBERANIan kepada orang yang keTAKUTan...



RENUNGKANLAH.."-)





Masih ada yang belum join Segmen Drop Your Link ni? Meh la join! 

18 January 2019

Review Buku : Retina Oleh Lokman Hakim



Ebook seterusnya yang menjadi perhatian ABM adalah novel ini. Entah mengapa, pada mulanya teringin nak baca novel ni namun belum sampai di pertengahan, rasa bosan menjelma. Tapi ABM gagahkan juga diri baca sampai habis. 

Imaginasi penulis terlalu tinggi sampai tak terjangkau dek akal. Penulis juga berani bermain dengan akidah. Mohon sekiranya ada lagi idea sebegini, kajian mendalam perlu dilakukan agar tidak terpesong, tidak terpesong dan tidak terpesong. 

Dengarnya, ada sambungan. Tak tau nak baca ke tidak. Perlu ke baca? Kejap yea, nak fikir. 



Review Buku : Quranology - Ilmu Di Sebalik Sebuah Kitab Agung Oleh Mohamad Asraff Ayob




Tahukah anda, antara peristiwa besar yang mencorakkan dunia adalah peristiwa 'Nuzul Quran' atau turunnya al-Quran? Mengapa ia dikatakan begitu penting? Jawapannya, kerana 1400 tahun sejak al-Quran bersama kita, ia telah menghasilkan pelbagai peristiwa hebat, dengan kehadirannya banyak mencorakkan kehidupan dan pemikiran manusia dia muka bumi ini. 

13 bab dalam buku ini akan mengetengahkan kelebihan dan keunikan al-Quran supaya kita akan lebih mudah jatuh cinta dengannya. 

Memang best bila baca buku ini. Must have la bak kata orang putih. Jom baca buku ni jom! 

psst! Penulis ada sebut Harry Potter dalam buku ni. Nak tahu cerita tentang apa? Baca la. *kenyit mata* 

Masih ada yang belum join Segmen Drop Your Link ni? Meh la join! 

Pepsi Vanilla. Sedap Ke?


Dan kisah ini berlaku semalam. Dah tulis entri kat handphone dah. Tak tahu la kenapa tak boleh publish. Huhuhu

Semalam, masa lunch, macam biasa la beli muffin je. Lepas tu rasa macam nak cuba Pepsi Vanilla. Alah, yang iklan dia sebesar-besarnya kat Federal Highway tu. Ha tu la dia. 

Ada orang kata, rasanya macam Vanilla Coke. Betul ke? Kita cuba ya. 


Tudia.... botol dia pun lain daripada yang lain. Memang sesuai la dengan harga dia. Huhuhu. 

ABM dah rasa air dia. Keras sikit dari Vanilla Coke. Tapi sebenarnya, rasa dia sama je. Brand je lain.

Ada yang dah cuba? Anda sependapat tak dengan ABM? 



Masih ada yang belum join Segmen Drop Your Link ni? Meh la join! 

Apps Asmaul Husna Untuk Perkongsian Bersama


Salam Jumaat penuh barakah. Hai semua! 

Harini ABM nak share satu apps yang sangat berguna untuk kita umat Islam. Pada mereka yang berhajat untuk menghafal nama-nama Allah yang juga dikenali sebagai Asmaul Husna, inilah apps yang sesuai. 

Alhamdulillah, apps asmaul husna berjaya disiapkan.

❤Manfaatkan apps ini hingga 1 Juta orang pada tahun 2019 ini. Jom sebarkan.

📌Ada 5 perkara dikongsikan pada setiap nama Allah dalam apps ini:
✅Nama Allah
✅Maksud Nama
✅Kedudukan Ayat Dalam Al Quran
✅Pengaruh Positif
✅Aplikasi Dalam Kehidupan

Jom download dan sebarkan sekarang 👇

Klik SINI

(Hanya untuk pengguna Android. Pengguna Iphone saya belum dapat lagi link dia. Kalau dah dapat, saya update sini terus ya.)


Masih ada yang belum join Segmen Drop Your Link ni? Meh la join! 

17 January 2019

Apa Itu Call Number?


Bekerja sebagai seorang pembantu perpustakaan atau pembantu pustakawan, memang susah nak lari dari perkataan CALL NUMBER. Pergilah ke mana pun, mesti akan jumpa juga dengan perkataan magic tu. 

Apa itu call number? 

All print or paper copies of books in the library are assigned a call number, usually found on the book spine. The call number represents what the book is about and acts like the book's address on the library's shelves or stacks. Because books on the shelves are arranged in call number order, you will find books on similar subjects shelved near each other.

Sekali ABM cakap orang putih daa. Hahaha 

Secara amnya, call number bagi sesebuah buku akan diletakkan di tulang buku bagi memudahkan proses pencarian. Buku akan disusun mengikut urutan abjad bagi memudahkan bukan hanya proses pencarian, tapi juga proses perkumpulan buku yang seangkatan dengannya. 

Susunan call number buku ini adalah mengikut klasifikasi Library Of Congress. 


Pening tak? Tengok yang bawah ni. Simple sikit. 

A - General Works
B - Philosophy, Psychology, Religion
C – History - Civilization
D - History – General (not U.S.)
E - U.S. History
F - U.S. Local History and Latin American History
G - Geography, Anthropology, Recreation
H - Social Sciences
J - Political Science
K - Law
L - Education
M - Music
N - Fine Arts
P - Language & Literature
Q - Science
R - Medicine
S - Agriculture
T - Technology
U - Military Science
V - Naval Science
Z - Information Science

Namun begitu, berdasarkan update terkini, huruf W digunakan untuk subjek perubatan, menggantikan huruf Q dan R. Maknanya subjek W tu khas untuk bakal doktor. Hehe.

Ada ke di kalangan pembaca blog ABM ni, yang merupakan penbantu perpustakaan, menggunakan sistem call number yang berlainan daripada LOC? Ce kongsi sikit. Sharing is caring kan. Ahaks! 

Masih ada yang belum join Segmen Drop Your Link ni? Meh la join! 

16 January 2019

Review Buku : Aku Oleh Sjuman Djaya



"Bom atom pertama meledak di Kota Hiroshima. Langit berselaput awan cendawan berbisa. Ketika memburai awan ini, bumi laksana ditimpa hujan salju yang ganas. Gedung-gedung beton runtuh. Apsal-apsal jalan terbakar menyala. Bumi retak-retak berdebu, di segala penjuru. Dan beribu tubuh manusia meleleh..."

Mula melihat buku ini saat menonton filem Ada Apa Dengan Cinta pada tahun 2002. Baru tahun lepas membelinya. Dan seperti biasa, beli je lebih. Bacanya si kotak. Hahahaaa.

Buku ini mengisahkan perjalanan hidup penyair Chairil Anwar yang terkenal di zamannya, yang diolah dengan sangat indah oleh Sjuman Djaya. Namun mungkin kerana menggunakan Bahasa Indonesia, ada banyak perkataan yang ABM tak faham, ada juga yang kurang faham, namun dengan bantuan susunan kata, buat ABM memahami jalan ceritanya. 

Buku ni best! 

Doaku Pagi Ini...



Ya Allah.. 
Jika hari ini ada di antara kami.. 
yang sedang sakit,  
mohon angkatlah penyakitnya ya Allah... 
Berikanlah kesembuhan untuknya.. 
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.. 

Ya Allah.. 
Jika hari ini ada di antara kami,  
Yang kesulitan rezki, 
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah.. 
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.. 

Ya Allah.. 
Jika hari ini ada di antara kami 
yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...  
Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar.. 
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu.. 
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari.. 
Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan. 

Ya Allah.. 
Jika hari ini ada di antara kami 
yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya.. 
Sombong, iri hati, dengki dan dusta.. 
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..  

Ya Allah..  
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami.. 
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan... 
Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami.. 

Ya Allah, 
ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat. 

Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani


15 January 2019

Review Buku : Jangan Tinggalkan Tuhan Oleh Surya Sufie




"Saya marah Tuhan kenapa Dia masih tidak mengubah hidup saya. Selepas 5 tahun menyalahkan Tuhan, baru saya faham hakikat kenapa Tuhan tidak mengubah hidup saya, kerana saya sendiri tidak ingin mengubah diri saya. Saya baru sedar hakikat ini."

Kenapa? Kerana kita sering meninggalkan Tuhan dalam kehidupan. Sedangkan Allah SWT tidak sekalipun melupakan kita.

Jika ingin sesuatu yang besar, JANGAN TINGGALKAN TUHAN.

Buku ini tidak dijual di mana-mana kedai buku. Penulisnya sendiri yang menjualnya. Jika berminat, anda boleh hubungi beliau di SINI


Daulat Tuanku! Biodata Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang Keenam


"Merafak ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah atas pemasyhuran Baginda sebagai Sultan Pahang,"



Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atau Sultan Abdullah Al-Haj (diputerakan sebagai Tengku Abdullah pada 30 Julai 1959 di Pekan, Pahang, Malaysia). 

Kehidupan awal



Tengku Abdullah telah diputerakan pada 30 Julai 1959 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, Sultan Pahang IV. 

Paduka ayahanda baginda, Tengku Mahkota Pahang (kini Sultan Haji Ahmad Shah), merupakan paduka anakanda ketiga Sultan Abu Bakar dengan Raja Hajjah Fatimah. 

Paduka bonda baginda pula, Tengku Puan Besar (lalu Tengku Ampuan Hajah Afzan) merupakan paduka puteri kepada Tengku Panglima Perang dengan Tengku Seri Kemala. 

Baginda diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu, tiga tahun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong I Tuanku Abdul Rahman. 

Baginda dipanggil "Lam" oleh kerabat terdekat baginda.

Baginda ialah paduka anakanda keempat daripada tujuh adik-beradik. Kakanda tertua baginda ialah Tengku Meriam. 

Baginda ialah paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya, seorang lagi putera ialah Tengku Muda Pahang.

Pendidikan

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak dan sepak takraw. Baginda pernah dipilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam permainan bola sepak.

Baginda melanjutkan pengajian tingginya di United Kingdom dengan memasuki Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School dari tahun 1975 hingga tahun 1978. 

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Davies College, London – Advance School selama dua tahun. Seperti mana-mana kerabat diraja di seluruh dunia, baginda turut memasuki Akademi Tentera Diraja Sandhurst selama dua tahun juga. 

Baginda dianugerahkan pangkat Leftenan Muda oleh Ratu Elizabeth II. Pada tahun 1981, baginda menuntut ilmu di Worcester & Queen Elizabeth College dengan mengambil Hal Ehwal Luar Negeri & Diplomasi.

Pewaris takhta

Setelah keputeraan baginda, Tengku Abdullah berada dalam kedudukan kedua dalam susur galur pewarisan takhta Pahang, melewati paduka ayahanda saudaranya, Tengku Ibrahim dan dibelakang paduka ayahandanya yang merupakan Tengku Mahkota. 

Apabila paduka nenda baginda pada tahun 1974 dan paduka ayahanda baginda menaiki takhta, Tengku Abdullah menjadi pewaris pertama kepada takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.

Tengku Mahkota

Pada 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan. 

Sebelum diangkat menjadi sultan, bagindalah pemegang gelaran putera mahkota kedua paling lama hampir 44 tahun dalam kalangan pewaris takhta di seluruh dunia hanya di belakang Charles, Putera Wales.

Pemangku Raja

Tengku Abdullah diangkat menjadi Pemangku Raja apabila paduka ayahanda baginda diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Selepas kegeringan ayahandanya, Tengku Abdullah secara rasmi memangku takhta negeri sebagai Pemangku Raja Pahang bermula 2017. Berikutan itu, baginda menghadiri majlis-majlis rasmi dan istiadat-istiadat istana bagi menggantikan ayahandanya.

Sultan Pahang ke-6

Pada 11 Januari 2019, baginda telah dlantik oleh Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang untuk menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-6 berkuat kuasa hari tersebut. 

Baginda kemudian secara rasminya dimasyhurkan pada 15 Januari 2019 sebagai Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dalam Istiadat Pemasyhuran di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Kerabat

Tengku Abdullah berkahwin dengan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar, iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene. Baginda mempunyai lima cahaya mata bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah; tiga putera dan dua puteri.

Baginda berkahwin buat kali kedua dengan Cik Puan Julia Rais yang merupakan bekas pelakon Malaysia dan mempunyai tiga cahaya mata; kesemuanya puteri.


DAULAT TUANKU! 

Sumber : Wikipedia 

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com



Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my




Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Review Buku : Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas



Sekali lagi cuba untuk pinjam dan baca ebook dari PNM. Kali ini nak cuba baca dari PC pula. Dan buku yang menjadi pilihan ialah...


"Sepuluh akal dalam satu belanga." Hah? Apa tu? Ha, itulah istilah yang terdapat dalam buku ini. Ada banyak lagi cara yang akan didedahkan oleh Zamri Mohamad dalam buku ini. 

Bagi mereka yang ingin menjadi seorang penulis bebas, inilah masanya. Dapatkan buku ini di pasaran atau pinjam sahaja di perpustakaan. Pasti intinya akan membuatkan anda nak menulis sekarang juga!



14 January 2019

Review Buku : Banja Manggala Oleh Ramlee Awang Murshid





Dan seperti biasa, belinya dah lama gila. Bacanya baru harini. Yeah! Siapa macam ABM?

Karya Ramlee Awang Murshid tidak pernah mengecewakan. Dan baru ABM perasan yang ABM dah baca hampir kesemua kerya beliau! Betapa fanatiknya ABM dengan beliau ini! Hehehe

Berlatarkan banjaran di Bosnia Herzegovinia di musim sejuk dan bersalji, jalan cerita ini sangat menarik untuk dibaca. Bila dah habis baca, teringin pula nak ke sana. Moga Allah rezekikan ke sana. Aamiin... 

Dia punya plot twist memang tidak dapat dijangka. Debarannya pun macam tengah tengok filem di wayang. Jujur cakap, memang tak rugi la baca novel ni. Hehe.

Ayuh, dapatkan novel ini di pasaran!



Banyaknya! Siapa Yang Nak Makan?



Jumaat lepas, semasa ABM bersiap hendak memulakan kerja, bos datang pada ABM dan menghulurkan ini. 

"Makan la lempeng ni. Sedap!" 

Bukan hanya ABM yang dapat lempeng ni. Semua staf unit dapat sorang satu set. Tiba kat ABM, bos bagi dua. ABM dah ternganga. 'siapa yang nak makan?'

Sudahnya ABM bawa turun ke pantri, kongsi dengan mereka yang lain. Seronok sebenarnya bila berkongsi. Walaupun sikit, tapi kenyang! 

Moga rezeki bos melimpah ruah seperti air sungai yang mengalir supaya bos boleh belanja kami lagi. Aamiin. Ahaks! 




Review Buku : Bila Allah Menduga Kita


Dan sebenarnya, banyak lagi buku yang ABM belum baca. Beli je lebih. Lepas tu simpan dalam kotak. Lama-lama kotak tu yang pandai. Bukannya kita. 

Dush dush! Tembak diri sendiri. Hahaha

Jadi, buku yang ABM baca kali ni ialah Bila Allah Menduga Kita tulisan Syed Alwi Al-Atas. Sebenarnya, buku ini ada edisi semakan. ABM perasan cover buku ni yang baru dua minggu lepas masa pergi MPH. Ingatkan buku baru. Ingat nak beli. Tapi ABM ingatkan diri sendiri "sekotak lagi, sekotak lagi." Hahahaha 



Setiap hari kita diduga. Saban waktu kita diuji. Sama ada ujian itu datang terus kepada kita, atau ia datang melalui orang lain. Tipu kalau kita katakan kita tidak pernah diuji, sedangkan ujian itu sendiri merupakan salah satu tiket untuk mengangkat darjat kita sebagai seorang mukmin. 

Dan jika kita menganggap ujian itu hanya dalam bentuk kesusahan, anda silap. Kerana boleh jadi kesenangan yang kita dapatkan ketika ini adalah satu bentuk ujian. 

Buku ini juga mengumpulkan beberapa kisah para sahabat dalam menempuhi dugaan, yang patut kita contohi dan teladani bersama. Memang tak rugi la baca buku ni. Siapa nak baca buku ni?