25 January 2019

Review Buku : Misteri Penyucian Jiwa


Asyik baca novel je. Kali ini baca buku yang lebih bermanfaat sikit. 


Terasa berat tajuk buku ini? Tidak juga. Buku ni menunjukkan beberapa perbezaan terapi penyucian jiwa yang dianjurkan oleh agama Kristian dan agama Islam dan tentunya, Islam adalah yang terbaik. Perbezaan dari segi apa, dan bagaimana ia dilakukan, semuanya tertulis dalam buku ini. 

Sangat bermanfaat bagi semua. Sebab tu buku ini diklasifikasikan sebagai Buku Wajib Baca. Dapatkannya di pasaran! 


24 January 2019

Al Fatihah...


Masa tengah scroll Whatsapp Status, ternampak gambar ni. Gambar yang dimuatnaik oleh salah seorang makcik ABM, menceritakan betapa rindunya beliau dengan ibunya nan seorang ini. 


Ya, ni maktok ABM. Allahyarham telah pergi meninggalkan kami, 2 bulan selepas pemergian ayah ABM. Dan tidak lama sesudah itu, PakTeh kami pula yang menyusul. 

Mohon sesiapa yang membaca entri ini, supaya membacakan Alfatihah buat mereka. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, dilapangkan kubur mereka.

Mereka sudah pergi. Kita? 


DUIT PEMBERIAN BULANAN ANAK BUAT BEKAL KE AKHIRAT





Ketika beratur di pejabat pos kerana nak beli setem,dihadapan saya seorang wanita yg dah sebaya dg saya, 60 an.Bila tiba gilirannya dia menghulur bil letrik untuk dibayar.

Kerani pejabat pos tu bertanya,"Mak cik bayar bil letrik masjid?"

Wanita itu lantas meletak jari di mulut, menjawab,"Ya,saya berpakat dengan anak-anak untuk bayar bil letrik  masjid kampung saya.Duit yang depa nak bagi kat saya tiap bulan, saya buat bekal makan di akhiratlah."



Subhanallah! Rasa tersentap jantung saya.

Saya lihat wanita puas dengan jawapannya,kerani tu pula mengangguk kepala.

Lihatlah betapa ada orang beringat dan bersedia untuk berbuat kebajikan hingga sedemikian.Diusia senja ini,sudah tidak perlu mengumpul harta dunia utk ditimbun,tetapi kumpul dan timbunkanlah harta akhirat.

Jika anda seorang ibu atau bapa,contohilah wanita ini yg menggembleng anak-anak untuk bersama membuat kebajikan,dlm contoh ini membayar bil letrik air,rumah Allah,mungkin juga jika tidak mampu membayar bil letrik atau air disurau.

Bukan itu sahaja,berbagai kerja kebajikan boleh digabung bersama anak anak seperti bersedekah jariah,membiayai anak yatim,membeli sesuatu keperluan masjid atau surau dsbnya.


Jika anda seorang anak yg bekerja,berilah sedikit pembiayaan kpd orang tua anda utk mereka berbuat kebajikan,buat bekal ke akhirat.Ajak mereka gunakan sumbangan utk berbuat kebajikan,bukan untuk disimpan.

Mungkin waktu muda dulu dia tidak berkesempatan kerana pendapatan habis diguna membiayai pengajian kita,belanja hidup kita,maka kongsikanlah sedikit pendapatan kita dg ibubapa untuk mereka berbuat kebajikan.

Apa salah ajak ibubapa bayar bil masjid,surau,ajak bersedekah barang makanan,menyumbang kpd sekolah agama dll dlm maksud menyedia bekal utk ibubapa kita diakhirat seperti yg disebut oleh wanita itu dlm cerita saya diatas.

Jika ibubapa telah tiada,bekanjakan secubit dari pendapatan utk bersedekah, berwaqaf untuk arwah ibubapa tiap bulan.



Saya pernah juga melihat ada keluarga yg membawa ibubapa dan cucu membuat kerja pembersihan masjid sebagai riadah hujung minggu,mungkin lebih baik dari saja-saja berjoging nak buang tenaga,lemak pusing taman.

Mungkin lebih baik dari menunggu berjam jam ikan meragut umpan dlm panas terik,hanya untuk merasa suspen ikan memakan umpan.Mungkin lebih baik dari menghabis masa dipusat beli belah.



Jika kita selalu berpakat dg ibu bapa adik abang untuk pergi makan kenduri,melancong,berkelah, berziarah,maka hari ini saya nak sarankan jom kita berpakat adik beradik emak ayah untuk berpakat buat kerja kebajikan.

Jika Sultan Brunai boleh bayar bil letrik Masjidil Haram ,kita yg kerdil ini boleh bayar bil letrik atau air masjid kampung kita,atau kampung dipedalaman atau sebuah surau pun jadilah kerana pada sisi Allah bukan banyak atau sedikit,tetapi dibuat dg penuh ikhlas dan atas dasar keimananan.

Jika anda terasa ada benarnya,ayuh mulalah darj bulan ini. Perkongsian Ikhlas Dari Saya RASHDAN BABA

Sumber : Group Whatsapp. 


23 January 2019

Wordless Wednesday : Kahwin



Perasaan bercampur baur. Nak sedih ke nak ke atau nak lempang bapak dia laju-laju. Uhuk uhuk. 


SEGMEN BLOGLIST BY THE WONDERFUL JANNAH


Ghajin pula ABM nak join contest kali ni. Kali ni ABM nak join segmen ni pula. 


Boleh klik banner di atas untuk join :) 

Jannah Ramli. Pemilik blog ini. Suka join contest. Suka buat review buku. Macam ABM. Dan yang penting, yang paling ABM suka, adalah DIA SUKA MAKAN! 

*Gelak sopan* 

Moga-moga adalah rezeki ABM join contest ni. Aamiin... 

Review Buku : Cik Cinderella dan Encik Tengku Oleh Airisz


Ebook seterusnya yang menjadi pilihan ABM kali ini ialah... 


Seorang gadis, ada ayah, ada mak tiri, ada kakak tiri, ada putera raja. Memang lengkap konsep kisah Cinderella. Namun kisah ini berlainan daripada kisah dongeng yang sering diceritakan turun temurun itu. Kenapa? 

Kisah Cinderella yang ini ganas sikit. Sekejap-sekejap, tarik rambut. Sekejap-sekejap, tolak-menolak. Sekejap-sekejap, tampar-menampar. Tak ke ganas tu? 

Don bori. Jika anda seorang yang kurang menggemari kisah-kisah sebegitu, novel ini masih sesuai untuk dibaca. Walaupun bacaan santai, masih ada nilai yang diterapkan untuk pengajaran bersama.

Jom baca! 


GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM


Orang berbudi, kita berbahasa. Orang join segmen kita, kita join la balik. Barulah aman dan sentosa hendaknya. Tak gitu, Cik Jah?




Klik banner di atas ya untuk join :) 

Hadiah pun lumayan juga. Boleh la merawat hatiku yang luka... eh salah! Boleh la buat cuci muka. ABM pun belum pernah cuba lagi produk Althea ni. Boleh la bagi ABM. Boleh?

ABM suka blog Ombak Bergigi ni. Simple je. Tak banyak kerawang kerawang yang boleh menyakitkan mata. 

Harap-harap la ABM menang yea! Aamiin... 


Review Buku : Kekasihku Mutan Oleh Fadzillah Omar


Kita kembali dalam segmen "Beli Buku Je Lebih, Yang Baca Kotak Je." Ya, makin rajin ABM membaca sekarang ni ek. Hehehe 

So buku yang menjadi pilihan ialah... 


Jangan risau. Ia hanya sekadar tajuk novel. ABM belum ada kekasih, bilanya nak ada kekasih mutan entah. Hahahahaha 

Tragedi kemalangan yang menimpa keluaga Marsyanda ketika dia sedang melanjutkan pelajaran di New York, rupanya adalah dirancang bagi menutupi satu rahsia besar yang disimpan kemas oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Rahsia yang ada kena mengena dengan Adib, lelaki berkuasa luar biasa yang sentiasa menjaga gadis itu dari jauh. 

Apakah Marsyanda akan selamat apabila rahsia besar itu terbongkar satu persatu? Adakah Adib akan terus melindungi Marsyanda, atau dia sendiri yang akan terkorban?

Semuanya terjawab dalam novel ini. ABM bagi 5 WOW sebab best sangat. Bacalah! Pasti anda takkan menyesal. 



22 January 2019

Kad Lama Kad Baru



Cuti semester sudah bermula. Selama 5 minggu ini, pengunjung perpustakaan pun tidak meriah seperti selalu. 

Namun inilah kesempatan kami untuk membuat penambah baikan terhadap mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan. Salah satunya ialah Research Writing Room atau RWR yang kami sediakan. 

Kad kunci sudah kelihatan lama. Dah bengkok-bengkok pun iya. Jadi kami design kad baru dan gantikannya. Sesuai dengan peraturan baru yang telah menjadi ketetapan di sini. 

Kad lama, kad baru. Moga perkhidmatan bertambah mutu. Aamiin. 



Segmen Drop Your Link! Dan Pemenangnya...



Terima kasih atas penyertaan kalian dalam segmen Drop Your Link! yang diadakan hujung minggu lepas. Maaf la lambat umumkan pemenang. ABM balik rumah mak. Tapi sempat juga baca 3 novel. Eh bukan. 2 novel setengah. Satu lagi belum habis baca.

Dan disebabkan penyertaan kali ini adalah 12 orang, maka ABM memutuskan untuk memasukkan KESEMUANYA ke dalam bloglist ABM. Baik hati tak ABM? Kihkih. 

Namun siapakha Top 3 yang akan mendapat review daripada ABM?

Drumroll!! Trrrrrr trrrrrr trrrrrrrr 

 Berdasarkan listing yang telah dilakukan pada posting yang sama, ABM telah membuat pemilihan rawak menerusi Random.my. Dan keputusannya adalah seperti di bawah. 

No 1.



Blogger ini, lebih dari sekadar pengedar Shaklee di Melaka. Rajin juga join segmen Giveaway dan segmen-segmen lain. Aktiviti seharian juga dipatri dalam blog ini. ABM suka headline dia. Sweet! 


No. 2




Blogger nan seorang ni, ABM memang sangat respek sebab boleh baca buku sampai 2 3 buah sekaligus! Dan review yang dilakukan juga tidak kurang menarik. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, minat ABM membaca kembali membara bila blogwalking kat blog dia ni. 

No. 3



Blog ni ABM suka. Simple. Cerita tentang akiviti seharian, juga rajin join segmen dan giveaway. Blog dia juga simple. ABM Suka dia punya template. Sedap mata memandang. Huhuhu

Oh ya, disebabkan mood ABM sangat baik harini, ABM mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada ketiga-tiga blog ini! Acane? Best? Emel ABM di noorbaizura89@gmail.com untuk berikan alamat penghantaran hadiah tersebut. 

Sekali lagi, terima kasih semua atas penyertaan anda. ABM sangat menghargainya. Doakan ABM ya. Moga Allah rezekikan ABM untuk buat segmen macam ni lagi. Bestnya! 




21 January 2019

Review Buku : Cik Bunga Dan Encik Sombong



Novel yang menjadi pilihan ABM hari ni ialah..... 



 Mula-mula baca novel ni, ABM macam tertanya juga, celah mananya yang sombongnya si Harris Isqandar tu. Rupanya dia digelar Encik Sombong sebab itulah first inpression Intan Asnidar padanya.

Dan di pertengahan cerita, ABM tak rasa dia layak digelar Encik Sombong. Dia layak digelar Encik Blur! Hahahaha

Dan bila Harris sendiri membahasakan dirinya Encik Sombong, lagi ABM rasa gelaran tu tak sesuai. Dia layak digelar Encik Perasan! Hahahaha

Tapi apapun, cerita ni sangat best. ABM mula baca masa kat dalam MRT, dan ABM kena tutup mulut hampir sepanjang masa sebab nak tahan gelak. Lawaknya un-sangka-rable!

Best la novel ni. Sesuai untuk light reading. Buat hilang stres. Best!


20 January 2019

Review Buku : Legasi Tombiruo Oleh Ramlee Awang Murshid



Masih dalam segmen "Beli Je Lebih, Yang Baca Kotak Je." Hehehe.

Kali ni ABM baca novel Ramlee Awang Murshid, Legasi Tombiruo. Ini novel mesti-baca jika anda pengikut setia Trilogi Tombiruo. Sebab? Jawapannya ada dalam novel ini.



Ya gais. ABM ambik masa 6 jam nak habiskan baca novel ni. Selain ketebalannya yang boleh membuntangkan mata, jalan ceritanya juga mendebarkan hati setiap pembaca.

Dapatkannya di pasaran!


Segmen Drop Your Link!


 INI ADALAH STICKY POST

Bila dah lama tak update blog, maka bloglist pun mula la bersawang. Ada blog yang dalam bloglist yang tak berupdate dah 2 tahun. Adoi. Kena la buat pembersihan macam tu. 

Dan sebab tu, ABM nak buat segmen ni ya. Segmen ini dinamakan... 


Tada! 

Senang nak nak join segmen ni. Cuma perlu buat satu post tentang segmen ini dan backlink post berkenaan ke sini. 

Kemudian, Follow blog ini dan Google Plus ABM di SINI

Terakhir, letakkan link post anda di ruangan komen. 

10 blog yang terpilih akan diletakkan dalam Bloglist ABM selama 2 bulan. Daripada 10 blog itu, 3 daripadanya akan ABM review. 

Best bukan? Apa lagi, join la sekarang! 

Peserta yang dah join segmen ini :