31 October 2019

Segmen Jom Tukar Link Bloglist



Datang mood nak join segmen pulak. Hikhok. 

Kali ni blog ZianaEunos yang menjadi pilihan. Selain link dia yang saya nampak dulu (Aha!), warna blog ini juga yang menarik perhatian. Warna ungu, warna kegemaran saya. Peace! 

Moga ada rezekinya nanti, top 30. Aamiin. 

Menghampiri Hari Terakhir Oktober 2019...


Amboi, lain macam je tajuknya. Uhuk uhuk. 

Pengakhiran Oktober 2019, bermakna kita tinggal dua bulan lagi menuju tahun 2020. Bermakna kita kita semakin menjauhi masa lalu, dan kita semakin mendekati kematian. 

Alamak. 

Bulan November yang akan menjelang, membawa satu makna dalam kehidupan seharian kakitangan kerajaan macam saya. Apa dia? SKT!!!!!

Bulan November la bulan yang paling sibuk sebab masing-masing sibuk nak dapatkan statistik peribadi untuk dimasukkan dalam laporan penilaian tahunan. Sekiranya gagal disediakan, ia akan menyebabkan markah penilaian lambat diberikan sekaligus menjejaskan proses kenaikan gaji tahunan (KGT). 

Bulan November juga saya akan sedikit sibuk apabila training ESQ akan diadakan hampir setiap minggu. Saya cuba untuk menghadiri setiap training yang diadakan namun sekiranya ada halangan, saya masih redha. 

*senyum kecil* 

Bulan Oktober dan bulan-bulan lain yang ditinggalkan, penuh dengan suka dan duka. Moga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan yang seluas langit dan bumi untuk kita semua. 

Aamiin.