03 June 2020

"Jangan Merokok!"




94.5% rakyat Malaysia berpendapat perokok patut ditegur jika merokok di sekeliling mereka.

Generasi muda mesti dilindungi.


Soalannya, 

Bagaimana anda menegur mereka? 

"Woi, pergi la hisap rokok kat sana. Busuk la!" 

"Awak, saya tak nak mati cepat. Berhentilah merokok." 

Atau, 

"Ayah, merokok membahayakan kesihatan." 

Teringat pula satu video yang dirakamkan di China, apabila sepasang kekasih (mungkin suami isteri) datang untuk makan di sebuah restoran. Gelagat mereka diperhatikan oleh seorang wanita yang sarat mengandung. Tidak lama kemudian, wanita itu datang kepada mereka sambil menunjukkan perutnya yang membesar. 

"Aku mengandung." 

Mendengar perkataan itu, lelaki tersebut dipukul bertalu-talu. Sambil menahan kesakitan, dia menjerit. "Aku tak kenal kau la! Kenapa kau buat macam ni?" 

Wanita itu jawab,

"Aku mengandung. Tolong jangan merokok di sini." 

Baru lelaki itu sedar di celah jarinya ada sebatang rokok yang membara. Dia hanya mampu meminta maaf. 

Anda pula? Ada cara unik untuk menegur perokok ini?


4 comments:

Ai said...

Jerit kat telinga dia kuat-kuat "JANGAN MEROKOKKKKKKKKKKKKKK!"

norhidana said...

kadang perokok kat malaysia ni jenis pentingkan diri, kadang kita dah tegur elok minta tlg jangan merokok sebab ada kanak-kanak tapi buat muka bodoh je... makin galak adalah, masa yang larangan merokok di kedai makan pun ramai je yang selamba merokok... payah la, mereka boleh mati kalau tak merokok

MunirahMH said...

Dh la bhya, bazir duit pulak tu

AzianKhalil said...


Jemput sertai segmen kat blog saya ye..terima kasihh...

https://www.aziankhalil.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html?m=1