26 November 2020

Cukup Dengan Keyakinan Itu


Sentiasalah berdoa kepada Rabb-mu wahai sahabat, 
Berdoa itu tidak semestinya di atas sejadah
Berdoa itu tidak semestinya lepas solat
Berdoa itu tidak semestinya ayat yang penuh gramatis 

Cukup , dengan penuh KEYAKINAN yang Allah pasti akan kabulkan 

Jadi berdoalah pada bila-bila masa sahaja dengan penuh keyakinan,
Kerana Allah Maha Mendengar sahabat ,
Dan Allah suka apabila hambaNya sentiasa berdoa padaNya

Wallahu a'lam

***************************

3 minggu bekerja dari rumah dalam tempoh awal PKPB Selangor bulan lepas membuatkan kesihatan mental aku sedikit terganggu. Nak keluar, agak paranoid, tambahan pula tak boleh balik ke rumah mak. 

Sebelum mesyuarat diadakan secara atas talian, aku terdetik, "Kalau aku boleh masuk pejabat, kan bagus. Moga Allah kabulkan doa aku ni. Aamiin." 

Dan doaku termakbul ketika mesyuarat itu. Alhamdulilah. 

Maka betullah seperti ayat di atas. Doa, kadang cukup dengan keyakinan yang DIA akan makbulkan. 

Alhamdulilah. 


 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!