14 September 2015

ESQ Training KL 87


Berlangsung sudah training ESQ Angkatan 87 yang diadakan di SACC hujung minggu lalu. Training yang dihadiri oleh lebih 60 peserta ini turut dihadiri staf dari Info Tech, UiTM Shah Alam. Doakan staf PTAR dapat menghadiri training ini. Aamiin...


Cerita di sebalik gambar : Sorang test mic, sorang nak bergambo. Yang test mic ajak selfie. Kitorang pun join sekali. Yang ajak selfie, sambil setting kamera phone sambil test mic. Kitorang? Gelak tak hengat. Kahkahkah. Lepas tu...

"Birthday boy, jom selfie!"

Yup, Jumaat lepas adalah ulang tahun kelahiran Abang Faizi Abdul Karim. Selamat hari lahir Abang Faizi. Moga tahun baru anda mengundang seribu satu kebahagiaan buat anda sekeluarga. Moga anda dapat menunaikan fardu haji dalam usia yang muda. Moga dapat anak lagi... eh? Hahahahaaa 


Tengok senyuman tu? Hamboi bahagianya dia..... Hahahahaaa


Peserta training serta ATS. Meriah kan? 


Tetibe nampak comel pulak bila semua pakai tudung sama warna...... Cuba kira berapa orang kat situ? Tambahkan setengah. Yup, ada yang sarat mengandung di situ. Pun sibuk nak jadi ATS jugak. Sekali kena tegur dengan peserta. "Awak jangan lasak sangat. Saya tak nak jadi bidan harini." Hah! Mana tidaknya, dia cuma menunggu hari! Hahahaaaa 


Selepas training. My spiritual familia. How can I leave this family for a very long time? Sehari je dah rindu... 

Next training, MCB SC2 Sabtu dan Ahad ni di tempat yang sama. Moga kita dapat berkumpul bersama lagi macam ni... 


2 comments:

  1. wah seronoknya kalau dapat berkumpul ramai2 macam ni... yang tengah sarat tu pun gagah jua!! (^_^)

    ReplyDelete
  2. Dia rindu sangat katanya.... itu kehamilan kedua... jadi dia tak sempat nak lepaskan rindu... dia minta, kita bagi aja... tak memudaratkan pun, suami dan anaknya ada kalau ada sebarang kemungkinan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!