02 February 2018

Cepat Betul Masa Berlalu...



Rasa macam baru semalam aku landing dari Kota Kinabalu. Hari ni sudah seminggu. Cepat betul masa berlalu.

Rasa macam baru semalam aku berlari ke sana ke mari untuk belajar benda baru di ESQ. Hari ni sudah dua minggu. Cepat betul masa berlalu.

Rasa macam baru semalam aku menahan kesakitan di Hospital Shah Alam. Hari ni sudah tiga minggu. Cepat betul masa berlalu.

Rasa macam baru semalam aku ke Seminar Roket Bisnes diikuti Satria Muda di SACC. Hari ni sudah empat minggu. Cepat betul masa berlalu.

Rasa macam baru semalam aku usung baldi ke Summit Hotel. Hari ni sudah enam minggu. Cepat betul masa berlalu.

Rasa macam baru semalam habis training Total Action. Harini sudah lapan minggu. Cepat betul masa berlalu.

Cepat betul masa berlalu, kan? Apa yang kita buat sepanjang masa itu?