30 January 2019

Bercuti Ke Port Dickson! Yeay!


Pada hujung minggu yang lalu, ABM bersama keluarga spiritual ABM mengambil kesempatan bercuti di tempat yang paling best... pantai! 

ABM memang suka pantai pun. Dan salah seorang kawan ABM yang bekerja di salah sebuah syarikat gergasi di negara, yang mempunyai banyak rumah rehat di sekitar Port Dickson telah mengusulkan cadangan untuk bercuti di kawasan tersebut. Pucuk dicita ulam mendatang. ABM terus setuju! 

ABM dan yang lain bertolak dari Shah Alam pada pukul 12 tengah malam hari Jumaat, selepas waktu bekerja. Kami menyusul kawan tersebut yang kebetulan, menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 26 di sana. 

Dah gerak tengah malam, pastinya sampai tengah pagi. Jadi bila sampai, kami tidur dulu. Esoknya, terjun laut! 


Ini sikit je ni. Ada yang masih belum sampai masa ni. 


Dah puas main air laut, main tanam-tanam pula. Seronok sebenarnya tanam badan dengan pasir pantai ni. Salah satu terapi juga. Namun ABM belum berkesempatan mencuba. Ya la, baru nak cuba, matahari dah tegak di kepala! 


Percutian kami lebih dari sekadar mandi manda di pantai. Di waktu petang, kami bergotong royong berBBQ di sebelah malam. Kerjasama yang sangat hebat terjalin di sini terutamanya apabila hujan lebat. Api padam weyh! 


Oh ya, rambutan itu untuk dimakan begitu sahaja ya. Siapa yang nak makan rambutan bakar? *pandang langit* 


Kawasan kami berBBQ dan makan-makan di sebelah malam. Ada yang duduk atas kerusi, ada yang duduk di atas rumput beralaskan tikar. Santai! 


Inilah kawan ABM yang sambut aniberseri tu. Kami buat kejutan padanya dengan menghadiahkan sebiji kek yang sangat sedap untuk mereka berdua. 

Pahal dengan mic tu? Haaa..... habis je ucapan, diorang berkaraoke. Seronok! 



Esok paginya, adik-adik riang ini merhiking ke Bukit Putih, tidak jauh dari situ. Nak tengok matahari terbit katanya. ABM malas, so ABM hanya menikmati matahari terbit di tepi pantai. Lagi best! 



Cantik, kan?



Pastilah kami bergambar beramai-ramai sebelum pulang. Semuanya seronok dan terhibur dengan percutian kali ini. Ya, ia dirancang di saat akhir. Namun saat itulah yang indah, kan?

Siapa ada Instagram? meh la follow ABM di SINI


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!