Ketika beratur di pejabat pos kerana nak beli setem,dihadapan saya seorang wanita yg dah sebaya dg saya, 60 an.Bila tiba gilirannya dia menghulur bil letrik untuk dibayar.
Kerani pejabat pos tu bertanya,"Mak cik bayar bil letrik masjid?"
Wanita itu lantas meletak jari di mulut, menjawab,"Ya,saya berpakat dengan anak-anak untuk bayar bil letrik masjid kampung saya.Duit yang depa nak bagi kat saya tiap bulan, saya buat bekal makan di akhiratlah."
Subhanallah! Rasa tersentap jantung saya.
Saya lihat wanita puas dengan jawapannya,kerani tu pula mengangguk kepala.
Lihatlah betapa ada orang beringat dan bersedia untuk berbuat kebajikan hingga sedemikian.Diusia senja ini,sudah tidak perlu mengumpul harta dunia utk ditimbun,tetapi kumpul dan timbunkanlah harta akhirat.
Jika anda seorang ibu atau bapa,contohilah wanita ini yg menggembleng anak-anak untuk bersama membuat kebajikan,dlm contoh ini membayar bil letrik air,rumah Allah,mungkin juga jika tidak mampu membayar bil letrik atau air disurau.
Bukan itu sahaja,berbagai kerja kebajikan boleh digabung bersama anak anak seperti bersedekah jariah,membiayai anak yatim,membeli sesuatu keperluan masjid atau surau dsbnya.
Jika anda seorang anak yg bekerja,berilah sedikit pembiayaan kpd orang tua anda utk mereka berbuat kebajikan,buat bekal ke akhirat.Ajak mereka gunakan sumbangan utk berbuat kebajikan,bukan untuk disimpan.
Mungkin waktu muda dulu dia tidak berkesempatan kerana pendapatan habis diguna membiayai pengajian kita,belanja hidup kita,maka kongsikanlah sedikit pendapatan kita dg ibubapa untuk mereka berbuat kebajikan.
Apa salah ajak ibubapa bayar bil masjid,surau,ajak bersedekah barang makanan,menyumbang kpd sekolah agama dll dlm maksud menyedia bekal utk ibubapa kita diakhirat seperti yg disebut oleh wanita itu dlm cerita saya diatas.
Jika ibubapa telah tiada,bekanjakan secubit dari pendapatan utk bersedekah, berwaqaf untuk arwah ibubapa tiap bulan.
Saya pernah juga melihat ada keluarga yg membawa ibubapa dan cucu membuat kerja pembersihan masjid sebagai riadah hujung minggu,mungkin lebih baik dari saja-saja berjoging nak buang tenaga,lemak pusing taman.
Mungkin lebih baik dari menunggu berjam jam ikan meragut umpan dlm panas terik,hanya untuk merasa suspen ikan memakan umpan.Mungkin lebih baik dari menghabis masa dipusat beli belah.
Jika kita selalu berpakat dg ibu bapa adik abang untuk pergi makan kenduri,melancong,berkelah, berziarah,maka hari ini saya nak sarankan jom kita berpakat adik beradik emak ayah untuk berpakat buat kerja kebajikan.
Jika Sultan Brunai boleh bayar bil letrik Masjidil Haram ,kita yg kerdil ini boleh bayar bil letrik atau air masjid kampung kita,atau kampung dipedalaman atau sebuah surau pun jadilah kerana pada sisi Allah bukan banyak atau sedikit,tetapi dibuat dg penuh ikhlas dan atas dasar keimananan.
Jika anda terasa ada benarnya,ayuh mulalah darj bulan ini. Perkongsian Ikhlas Dari Saya RASHDAN BABA
Sumber : Group Whatsapp.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!